LAMAN SENI

My photo
PENSYARAH UNIT SENI VISUAL, IPG KAMPUS IPOH,PERAK. yatie2838_my@yahoo.com

Monday, August 15, 2011

PENILAIAN MP LUKISAN DI PERINGKAT STPM-BY SITI HAYATI

Pengenalan:

Lukisan merupakan suatu pendekatan aplikasi berhubung kemahiran kognitif, psikomotor bagi calon STPM. Lukisan boleh ditafsirkan dengan pelbagai cara dan pendekatan. Makna dan definisi juga boleh diregang jauh untuk meliputi mana-mana objektif pembelajaran atau menyempurnakan sesuatu idea. Lukisan menyediakan landasan asas untuk berkomunikasi dalam pelbagai cara dan bidang terutamanya bidang seni. Lukisan mengikat kita dengan emosi, keintelektualan dan juga spiritual manusia. Lukisan dapat mengembangkan kedua-dua minda dan semangat (spirit). Lukisan dilakukan sebagai suatu cara menghargai penglihatan dan pemikiran manusia. Ia memberi peluang kepada pelajar untuk mencebur diri dalam situasi yang lebih kreatif. (Goldberg:1997)

Kita melukis mungkin kerana ingin menyatakan sesuatu yang bermain dalam minda dan melalui perasaan dalaman (spritul) untuk diluahkan. Melihat dengan mata dan hati akan mendorong kita melukis dengan teliti supaya ada mesej yang dapat diterjemahka melalui visual. Kita melukis dengan sesuatu maksud walaupun secara spontan dan ada juga berdasar pengalaman dan interaksi dengan persekitaran. Ada perkara yang sedang difikirkan, diberi tumpuan, dikaji, dihalusi sebelum dan semasa melukis. Melukis merupakan satu daripada medium yang cepat bagi meluahkan apa yang tercetus dalam diri, sama ada kita berinteraksi dengan sesuatu yang berada di dunia tampak (luaran) atau dunia imaginasi (dalaman).(Von Glasersfeld:1977)

Lukisan juga merupakan seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan dan wujud sejak Zaman Batu pada dinding gua. Ia dihasilkan tanpa menggunakan warna, mementingkan unsur garisan, dihasilkan secara spontan mengikut gerakhati dan perasaan pelukis. Lukisan mementingkan penggunaan media, komposisi, perspektif, pengcahayaan dan membentuk. Elemen-elemen ini dapat mewujudkan makna-makna tertentu melalui penyataan makna tampak. (Kandinsky dalam Zakaria Ali:1985)

Pengertian Lukisan:

Antara pengertian lukisan adalah;

a) Lukisan boleh dikaitkan dengan pengalaman yang istimewa kepada seorang pelukis yang digambarkan melalui gerak minda dan hati diterjemahkan di atas permukaan untuk dijadikan sebagai bahan dokumentasi. Ia terbukti dengan sebuah lukisan bertajuk ’unforgetable fire’ yang dilukis oleh pelukis amatur di Jepun pada tahun 1945 yang menggambarkan peristiwa pengeboman bandar Hiroshima.

b) Penyerlahan pemikiran dan pandangan seseorang. Kanak-kanak akan menyatakan persepsi mereka terhadap seseuatu perkara/fenomena dengan lakaran yang dibuat tanpa penerangan secara penulisan dan lisan. Orang dewasa pula dapat merakamkan pengalaman dan pemerhatian mereka secara visual menerusi lukisan. Mata pelajaran ini membolehkan pelajar membuat penyataan diri (self-expression) secara jujur. (Feldman:1996)

c) Paparan/gambaran rupa dan bentuk atas sesuatu permukaan, terutamanya yang dihasilkan oleh garisan serta lakaran. Ia merupakan asas kepada semua kegiatan menggambar seterusnya yang mungkin mewakili simbol, gambaran atau pancaran sesuatu perkara. (Hassan Mohd Ghazali:2001)

Jenis-jenis Lukisan:

Contoh-contoh jenis lukisan adalah:

i) Lukisan figuratif

ii) Lukisan kajian

iii) Lukisan informasi

iv) Lukisan teknikal

v) Lukisan konseptual

vi) Lukisan artistik

Apa yang hendak dinilai dalam Lukisan:

Dalam mata pelajaran Lukisan ini, timbul persoalan utama tentang apa yang hendak dinilai. Pengujian, penilaian, peperiksaan, pentaksiran dan pengukuran, yang mana satu hendak dinilai? Elemen (bukan elemen seni) atau konstruk (bukan pendekatan pengajaran)? Menurut G.A Kelly,1955; yang akan dinilai adalah;

a) Komunikasi

b) Pengetahuan dan pemahaman

- gubahan

- media dan teknik

- aplikasi asas senireka

- kemasan dan keaslian

c) Menyelesaikan masalah

i) Gubahan

- bentuk

- struktur

- ruang dan proposi

- kadar banding dan perspektif

ii) Media dan teknik

- media lukisan

- teknik lukisan

iii) Aplikasi asas seni reka

- unsur seni

- prinsip rekaan

iv) Kemasan dan keaslian

- hasil yang asli, kemas dan lengkap.

Proses penghasilan karya lukisan memberi penekanan kepada perkara-perkara seperti jenis lukisan, elemen asas, media dan teknik. Selain dapat memperkembangkan minat dan bakat,ia juga dapat mendorong pelajar melahirkan idea-idea kreatif berdasar elemen-elemen tadi. (Michael:1983).

Pengamatan amat penting dalam menumpukan ”fokus” objek, komposisi dan susunan objek yang akan dilukis. Antara aspek-aspek pengamatan semasa melukis perlu diberi penekanan ialah;

a) ruang dan objek

b) subjek dan latarbelakang

c) saiz dan kadar banding

Tiga perkara di atas merupakan antara elemen yang dinilai dalam sesuatu karya.

Sebelum membuat penilaian guru juga perlu mengenalpasti objek yang dilukisoleh pelajar dari segi bentuk dan struktur, yang bermula dari lakaran lakaran. Lakaran-lakaran dalam lukisan merupakan komponen penting dalam keindahan lukisan. Lakaran-lakaran dalam penghasilan lukisan perlu konsisten, tersusun dan detail supaya dapat mewujudkan keindahan dalam lukisan itu sendiri. (Wincklemann:1765) .Selain itu penilaian juga boleh dilihat pada jalinan di atas permukaan objek yang dilukis.

Begitu juga dari aspek kesan cahaya dan bayang, adalah penting apabila melukis sesuatu objek. Ini adalah kerana kesan cahaya amat penting bagi menimbulkan bentuk objek yang dilukis. Rupa yang berjisim akan kelihatan sempurna apabila dimasukkan unsur cahaya dan bayang. Kesan pantulan cahaya dapat mengujudkan kualiti ton dalam bentuk objek. Cahaya merupakan satu sifat alam semujadi yang begitu cantik dan peranan cahaya amat penting dalam ”menimbulkan” sesebuah karya lukisan.(Wincklemann:1765)

Bagaimana Lukisan dinilai:

Dalam penilaian lukisan, ia dibahagikan kepada beberapa bidang utama, di mana setiap satunya mempunyai wajaran berdasar kepentingan kriteria. Berikut merupakan agihan wajaran lukisan mengikut pemberatan yang telah ditetapkan s ebagai garis panduan.(Majlis Peperiksaan Malaysia)


Jadual 1: (Aspek Penilaian Lukisan)

Bil

Bidang

Perincian

Lukisan Dalam Folio

Pencapaian

(markah)

Wajaran

1

2

3

4

5

1

Gubahan

-komposisi (tonjol daya intelek yang tinggi)

-ketelitian (memuja alam semula jadi dengan unsur peniruan alam

-tiada pengulangan aksi/posisi supaya idea sentiasa kelihatan bernas (tidak ketandusan idea)

- bentuk

* objek 3D (3 markah)

15

* kesan ilusi(3 markah)

* Nilai & makna (3 markah)

* Warna (3 markah)

* Cahaya & bayang (3 markah)

- struktur

* imbangan setara (5 markah)

* komposisi seimbang (5

markah)

* susunan elemen jelas (5

markah)

15

- ruang dan proposi

* ruang dalam (5 markah)

10

* perspektif (5 markah)

- Kadar banding

* kedudukan objek tepat (5

markah)

10

* Saiz objek menyeluruh (5

markah)

2

Media

Media kering

Media basah

* penggunaan sekurang-kurang 5 media. Setiap 1 contoh media diberi akan mendapat 2 markah.

- pensel (2 markah)

- pen (2 markah)

- pastel (2markah)

- Conte (2 markah)

- Charcoal (2 markah)

10

Teknik

Memberi sekurang-kurang 5 contoh.

* rendering (2 markah)

* blending (2 markah)

* burnshing (2 markah)

* Crosshatching (2 markah)

* hatching (2 markah)

10

3

Aplikasi asas seni reka

-unsur seni

* garisan (2 markah)

* jalinan (2 markah)

* rupa (2 markah)

* ruang (2 markah)

* bentuk (2 markah)

* warna (2 markah)

10

- prinsip rekaan

Mana-mana 5 yang disenaraikan samada

* harmoni (2 markah)

* keseimbangan (2 markah)

* kontras (2 markah)

* Penegasan (2 markah)

* Kepelbagaian (2 markah)

10

4

Kemasan dan keaslian

- menguji idea pelajar yang sentiasa berkembang dan membuat pekerjaan dengan teliti.

- asli (4markah)

- kemas (2 markah)

- lengkap (2 markah)

- teliti (2 markah)

10

Jumlah

100 markah


Jadual 2:

Skala Penilaian Lukisan (peringkat sekolah):

Gred

Markah

Keterangan

Gred

Markah

Keterangan

A

75-100

Lulus Penuh

C

40-44

Lulus Penuh

A-

70-74

Lulus Penuh

C-

35-39

Lulus Sebahagian

B+

65-69

Lulus Penuh

D+

30-34

Lulus Sebahagian

B

60-64

Lulus Penuh

D

20-29

Lulus Sebahagian

B-

50-59

Lulus Penuh

F

0-19

Gagal

C+

45-49

Lulus Penuh

(Rujukan: SMK Tapah,2008)

Instrumen Penilaian Lukisan:

a) borang senarai semak/soal selidik:

Dalam tajuk lukisan yang mempunyai 70 waktu seperti dalam sukatan pelajaran, guru akan menilai dari beberapa aspek; antaranya aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan. Melalui borang senarai semak, guru akan menilai pengetahuan dan pemahaman pelajar tentang pengertian dan latar belakang yang berkaitan dengan lukisan. Ini merupakan aras paling rendah dalam JSU untuk pembinaan item. Dalam unsur seni ini, guru akan menilai prestasi pelajar tentang penggunaan garisan, warna, jalinan, rupa, bentuk dan ruang yang terdapat dalam lukisan mereka.

Melalui unsur seni ini pelajar dapat menghasilkan pelbagai jenis lukisan dan memahami proses penghasilan lukisan. Pelajar yang dapat melukis pelbagai jenis lukisan seperti lukisan konseptual, teknikal, artistik dan lain-lain dengan menunjukkan kualiti garisan sehingga berjaya membentuk imej merupakan kekuatan garisan yang telah dibuktikan oleh seseorang pelajar.

Dalam lukisan konseptual memerlukan pelukis mempunyai imaginasi yang kuat untuk menghasilkan sesuatu konsep yang baru. Sebagai contoh, sebuah filem seram memerlukan lukisan satu watak seram untuk dijadikan watak utama dalam cerita

tersebut. Oleh itu pelukis perlu melukis konsep watak tersebut dalam bentuk fantasi yang bersesuaian dengan tema filem yang ingin diterbitkan.

Begitu juga dengan lukisan teknikal merupakan cabang seni yang dikatakan berkaitan dengan saintifik. Lukisan teknikal memerlukan kemahiran dalam matematik kerana keperluan untuk melukis dengan kadar banding yang tepat. Sebagai contoh melukis bangunan-bangunan yang memerlukan ukuran skala tepat. (dalam lukisan kejuruteraan). Atau membuat kajian ”ergonomik” bagi bahagian-bahagian tertentu seperti anatomi figura.

Lukisan artistik pula hanya tertumpu kepada keindahan dalam pengkaryaan. Keindahan di sini melibatkan ketelitian, kuantiti dan kualiti yang menjurus kepada persepsi. Kesempurnaan pancaindera seseorang pengkarya dapat membantu mengesan, menikmati serta menghayati keindahan yang dimaksudkan. Semakin kuat perasaan dalaman diri seseorang,bermakna semakin kuat apresiasi mereka terhadap seni.(Winckelmann).

Begitu juga dengan perspektif dan proposi, jika pelajar dapat menerangkan kedudukan yang betul dan tepat maka lukisannya boleh dianggap sempurna. Ini kerana hubungan saiz di dalam sesuatu karya lukisan saling bergantung antara satu sama lain. Ia merujuk kepada satu keadaan ideal saiz atau nisbah sesuatu objek atau bentuk. Pengalaman terhadap skala dan perkaitan kepada saiz sebenar memainkan peranan penting dalam penghasilan lukisan. Kadar banding(proposi) membolehkan kesan sesuatu bentuk itu berubah nilai. Kebiasaannya pelukis menggunakan kadar banding dalam lukisan yang direka untuk menyampaikan makna simbolik. Penegasan elemen-elemen ini boleh menghasilkan lukisan yang sempurna.(Ocvirk,et.al:1998)

Penilaian juga menjurus kepada pembentukan jalinan yang menarik dengan penggunaan pelbagai jenis garisan. Garisan digunakan untuk menghasilkan sesuatu kesan seperti menjelaskan ilusi, pergerakan, dan emosi. Garisan dipersembahkan dalam bentuk aktif dan statik, agresif dan pasif, sensasi dan mekanikal. Garisan juga mampu menentukan arah, menjelaskan sempadan rupa dan ruang. Walaupun lakaran garisan kelihatan bebas tetapi tetap menampakkan imej yang hendak disampaikan. Melalui garisan kesan-kesan jalinan, terang gelap serta bentuk dapat dicipta (Duane & Prebles :1994). Secara tidak langsung, jalinan dapat membentuk kedalaman ”intensiti ton”.

Sesebuah lukisan terhasil menerusi pengalaman yang berlaku melalui persekitarannya sama ada berhubung dengan masyarakat, budaya atau aktiviti berkaitan. Kreativiti merupakan tunggak utama dalam penghasilan sesebuah karya seni di mana ianya terjalin melalui gabungan antara gerakhati, intelektual dan penguasaan sesuatu perkara.

Bagi menghasilkan lukisan yang mantap, kompleks dan halus, pelukis perlu mempunyai kekuatan untuk mengawal dan menguasai bahan dan teknik yang akan digunakan kerana elemen-elemen asas seni yang digunakan akan menentukan kesan yang terhasil. (Feldman:1981 dalam artikel Mohd Fauzi M.Dom)

Imej itu mungkin dilihat sebagai rupa atau kumpulan garisan. Pelukis merupakan penyampai visual yang mana mereka menggunakan bahan dan alat tertentu untuk menyusun struktur elemen-elemen seni seperti garisan dihubungkait melalui aturan prinsip rekaan.

b) Pengamatan dan Pemerhatian:

Guru juga boleh menilai prestasi pelajar berdasar pengamatan mereka pada bentuk, skala, kadar banding, pengcahayaan dan struktur pada objek yang dilihat dengan teliti serta mendapat sudut pandangan yang menarik. Guru juga menilai dari aspek kesan pengcahayaan, sejauh manakah pelajar dapat memberikan ”mood” pada karya atau lukisan di samping dapat perjelaskan suasana pada lukisan tersebut. Pengamatan melalui deria adalah kunci kepada segala ilmu dan pengetahuan. Ianya adalah tingkahlaku asas dalam proses seseorang melengkapkan ilmu pengetahuan melalui penerokaan alam persekitarannya.

Proses pengamatan melibatkan seseorang penilai membuat penelitian,menganalisis, mensintesis dan menilai. Ia merupakan suatu proses mengurus maklumat yang memerlukan seseorang berfikir secara terbuka. Lazimnya pengamatan ini ditetapkan supaya dapat dilaksanakan dari awal persekolahan hingga akhir persekolahan. Amalannya mengikut tahap keupayaan pelajar. Guru perlu menguasai dan mengenalpasti tahap keupayaan pengamatan pelajarnya dan menggunakannya untuk tujuan perancangan P&P. Proses pembelajaran melalui pengamatan berlaku mengikut urutan berikut. (Rudolf Arnheim:1972)


Antara aspek lain yang boleh dinilai guru ialah kebijaksanaan pelajar menghasilkan karya lukisan dengan pengolahan teknik lukisan yang pelbagai. Antarnya seperti lorekan, silang pangkah, titik, goskan, garisan kontor, garisan selari, garisan tidak menentu dan sebagai. Pengolahan teknik lukisan dapat membezakan aras kebolehan pelajar dalam menghasilkan karya lukisan. Semakin banyak teknik lukisan yang dihasilkan dengan olahan media yang sesuai sehinggakan menghasilkan sebuah lukisan yang baik akan memberi peluang kepada pelajar untuk lebih menguasai kemahiran selanjutnya. (Barkhan:1967)

Namun begitu terdapat pelajar yang gagal menggunakan teknik lukisan yang pelbagai ini kerana kurang kemahiran dan tidak mengaplikasikan pengetahuan yang diajar guru pada lukisan yang dihasilkan. Berdasar kajian dan pendapat ada menyatakan bahawa matlamat pengajaran pendidikan Seni berasaskan pendekatan behavioral yang perlu dilihat dalam konteks hubungan antara tingkah laku membuat, mengamati (preceiving) dan memahami.(Chapman:1968) Justeru bagi kumpulan pelajar yang dapat mengaplikasikan teknik lukisan dengan pengolahan bahan yang tepat akan mampu memberi impak yang berkesan dan menarik terhadap lukisan yang dihasilkan berbanding pelajar yang kurang daya pengamatan dan pemahaman mereka.

e) Ujian:

Merupakan penilaian yang lazim digunakan seperti dalam ujian bulanan, pertengahan dan akhir tahun sebelum menjelang peperiksaan sebenar. Terdapat dua jenis penilaian dalam kategori ini iaitu penilaian sumatif dan penilaian formatif. Penilaian sumatif akan menilai keseluruhan pembelajaran setahun untuk menguji pelajar seperti peperiksaan STPM dalam bidang folio. Lukisan juga dinilai di dalam peperiksaan STPM pada hujung sesi persekolahan dan penilaian ini lebih menjurus kepada penilaian sumatif di mana pelajar diukur kebolehan mereka sama ada telah menguasai kemahiran yang diajar guru atau di sebaliknya dengan kecekapan mengolah tema dengan menggunakan pelbagai bahan atau media dan teknik. Dalam Falsafah Kebangsaan ada menyebut tentang usaha berterusan ke arah memperkembangkan bakat dan potensi individu secara menyeluruh. Justeru segala kebolehan pelajar yang ada tidak patut disia-siakan. (Sukatan Pelajaran PSV STPM:2000)

Dalam konteks ini, penilaian lebih menjurus kepada hasil sebuah lukisan pelajar yang mengandungi kesemua elemen yang diperlukan dalam penilaian iaitu merangkumi teknik yang digunakan, bahan yang diolah, serta paling penting aplikasi asas seni reka; sejauhmana pelajar menguasai unsur seni dan prinsip rekaan dalam penghasilan sebuah lukisan.

Sekiranya pelajar mampu menghasilkan lukisan seperti berikut bermakna pelajar telah menguasai kemahiran yang telah diajar oleh guru dan secara totalnya pengajaran dan pembelajaran guru berkesan dan capai objektif pembelajaran.

Lukisan juga dinilai dalam bentuk formatif yang bertujuan untuk mengesan perkembangan pembelajaran pelajar secara berterusan. Penilaian ini dijalankan pada setiap kali pengajaran dan pembelajaran. Hasil penilaian pelajar akan direkod bagi menunjukkan prestasi pelajar sama ada sudah menguasai pengetahuan, kemahiran dan nilai. Penilaian ini boleh dilakukan dengan perekodan dalam borang senarai semak. Selepas itu tindakan susulan atau langkah-langkah susulan akan diambil dalam pengajaran berikutnya seperti teknik pemulihan, teknik pengayaan dan sebagai.

f) Lakaran mingguan:

Lukisan pelajar boleh juga dinilai berdasar lakaran yang diberi oleh guru melalui tema-tema tertentu dan diberi tempoh untuk menyiapkan tugasan tersebut di rumah. Melalui tema-tema yang diberi guru, pelajar didedahkan untuk mentafsir dan berbicara tentang makna, falsafah, pendidikan, nilai dan kepercayaan yang tersirat dalam bentuk seni. Peningkatan dalam penghayatan seni perlu untuk menyokong kekuatan individu dengan bentuk-bentuk seni.

Berdasar penghasilan lukisan tersebut guru dapat menilai kebolehan pelajar berdasar beberapa perkara yang dijadikan sebagai instrumen penilaian. Ini termasuklah elemen-elemen yang terdapat di dalam sukatan pelajaran seperti aplikasi asas seni reka, pengolahan teknik serta bahan/media yang digunakan sehingga hasil lukisan kelihatan

menarik menepati kehendak kurikulum Pendidikan Seni.

Menurut Kenneth M.Lansing (1971) dalam bukunya, Art, Artists and Art Education, menyatakan melalui aktiviti Pendidikan Seni yang dilaksnakan boleh menjadi suatu cabang komunikasi.

Contoh-contoh hasil lukisan seperti di bawah jika berjaya serta mampu dihasilkan oleh pelajar, boleh dianggap sebagai pembelajaran dan pengajaran guru telah berjaya dan berkesan kerana memenuhi keperluan komunikasi pelajar berkaitan dengan tema yang ingin disampaikan melalui terjemahan makna yang tersirat.

Isu-isu Dalam Penilaian Lukisan di Peringkat STPM:

Sebelum sesuatu kurikulum yang mengandungi matlamat dan objektif pendidikan dilaksanakan, terlebih dahulu semestinya beberapa aspek yang berkaitan dengan kehendak kandungan kurikulum itu diambil kira. Menurut Tyler (1991) untuk membina sesuatu kurikulum terdapat empat perkara yang perlu dipastikan iaitu:

i. Apakah tujuan yang hendak dicapai oleh pihak yang membuat kurikulum.

ii. Apakah pengalaman dan prasarana pendidikan yang boleh disediakan bagi

mencapai tujuan itu.

iii. Bagaimana pengalaman itu dapat dikendalikan secara efektif.

iv. Bagaimana tujuan itu dapat ditentukan sama ada tercapai atau tidak.

Justeru penilaian amat penting untuk mengenalpasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran guru untuk meneruskan tajuk sususlan. Ini bertujuan tidak ada pelajar yang akan tercicir dalam memenuhi kehendak kurikulum di samping untuk mendapat tempat bagi mata pelajaran Pendidikan Seni dalam kurikulum Pendidikan. (Bert:1992) Walaupun guru mengajar dengan menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan pembelajran namun, masih juga terdapat beberapa kekurangan dan kelemahannya. Di antara kekurangan dan kelemahan tersebut yang menjadi permasalahan adalah:

a. Peruntukan Waktu Pengajaran Yang Terbatas

Waktu pengajaran yang telah diperuntukkan bagi mata pelajaran Lukisan di peringkat STPM adalah 70 waktu sahaja dan ini tidak mencukupi untuk menghabiskan sukatan pada tempoh yang telah ditetapkan dengan kemahiran-kemahiran yang perlu diajar dan dikuasai oleh pelajar. Aktiviti pemulihan mengakibatkan masa yang sepatutnya di’curi’ untuk membantu kumpulan pelajar yang lemah tadi.. Tajuk pengenalan tentang lukisan sahaja akan mengambil waktu yang agak panjang untuk memberi pendedahan dan pengetahuan tentang aplikasi unsur seni dan prinsip rekaan. Ini adalah kerana pelajar yang mengambil mata pelajaran Seni Visual ini bukan semuanya mempunyai asas dalam mata pelajaran ini, bahkan ada pelajar yang langsung tidak mempunyai pengetahuan tentang mata pelajaran ini selain dari mempelajarinya semasa di Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga yang kebanyakan sekolah meletakkan guru bukan opsyen mengajar mata pelajaran tersebut. Permasalahan ini disebabkan guru opsyen diletakkan di kelas peperiksaan untuk membimbing pelajar sepenuhnya..

b. Kekurangan Bahan/Media Lukisan

Antara faktor lain yang menyebabkan terbantutnya proses P&P Lukisan adalah:

i. Peralatan yang dibeli oleh panitia tidak lengkap bagi tajuk di bawah teknik-teknik menghasilkan lukisan serta bahan/media yang digunakan untuk menghasilkan lukisan. Pelajar hanya mampu membeli beberapa bahan/media sahaja terutama bagi pelajar orang asli yang kurang berkemampuan.

Pelajar yang tidak mempunyai bahan yang lengkap akan mengambil jalan mudah dengan tidak mencuba dan ini merugikan mereka terutama apabila menjelang peperiksaan di mana sepatutnya pelajar dapat mengaplikasikan pelbagai teknik dan bahn/media dalam penghasilan lukisan, sebaliknya hanya menggunakan pensel emata-mata.

c. Kekurangan Tenaga Pengajar yang berkebolehan

Untuk menyampaikan subjek yang berteraskan kebolehan melukis kepada pelajar secara teorinya terutamanya dalam memperkenalkan mata pelajaran ini dan menjelaskan kefungsiannya, semua guru boleh melakukannya. Masalah timbul apabila hendak mempraktikkan kandungan berdasar matlamat dan objektif Pendidikan Seni , tidak ramai guru yang berkebolehan atau mempunyai kemahiran ini.

Selain dari itu bilangan guru opsyen yang kurang sedangkan bilangan pelajar ramai. Terdapat tiga belas (13) buah kelas Pendidikan Seni Visual di mana dua kelas merupakan kelas peperiksaan. Bilangan pelajar yang ramai dengan guru opsyen seni yang cuma dua orang sahaja akan menimbulkan masalah pembelajaran Pendidikan Seni. Akibat masalah guru opsyen yang tidak mencukupi maka berlaku ”kecelaruan” dan salah faham (misconception) terhadap pendekatan dan kaedah pelaksanaan mata pelajaran ini, sekaligus menggagalkan matalamat Pendidikan Seni Visual. Oleh itu profesionalisma guru-guru menjadi agenda utama dalam menentukan kejayaan mata pelajaran ini. (Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan:1991)

Justeru pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan efektif. Selain dari mengajar mata pelajaran Pendidikan Seni, guru opsyen ini juga dikehendaki mengajar mata pelajaran yang lain untuk menampung kekurangan guru terutama bagi kelas peperiksaan yang diberi keutamaan

Kesimpulan

Untuk mengatasi persoalan ini, pihak sekolah serta individu terutama guru perlu berganding bahu untuk mengatasinya. Penilaian yang dilakukan tidak dapat memberi jaminan bahawa pelajar telah menguasai kemahiran yang diajar kerana guru terikat dengan sukatan pelajaran yang perlu dihabiskan sedangakan terdapat sekumpulan pelajar yang lemah dalam pembelajaran mereka dan perlu diberi latihan pengukuhan, justeru Lukisan perlu dianggap sebagai satu mata pelajaran yang seronok dipelajari dan bukan sebagai beban kepada pelajar. Guru opsyen perlu diberi keutamaan untuk mengaar mata pelajaran ini supaya tidak timbul masalah pelajar tidak mahir dan tidak menguasai mata pelajaran ini walaupun telah diajar bertahun-tahun sejak di sekolah rendah lagi. Adalah diharapkan mata pelajaran ini tidak ketinggalan bahkan dapat sama-sama seiring dengan mata pelajaran lain yang dimartabatkan kepentingannya pada masa hadapan untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan inteleknya.


Guru perlu merujuk aktiviti untuk membantu pelajar bagi tujuan memajukan pengamatan dan meningkatkan proses kematangan deria. Program ini perlu disediakan sehingga berjaya membawa perubahan secara mampan terhadap aras kepekaan pengamatan pelajar.

Pengamatan pelajar yang tinggi akan menjadi tarikan perhatian guru apabila menilai tentang permukaan, keluasan dan ketinggian serta jisim sesuatu bentuk misalnya. Guru boleh menganggap pelajar telah berjaya apabila mereka boleh menghasilkan karya lukisan yang kreatif dan kritis hasil dari pengamatan dan pemerhatian pelajar terhadap bentuk, kedudukan, skala, kadar banding, pengcahayaan dan struktur.

Selain itu melalui pengamatan pelajar akan membuat pilihan untuk menetapkan kedudukan objek secara melintang, menegak atau sendeng sehingga mempamerkan sudut pandangan yang menarik dalam kriteria penilaian guru. Ini termasuklah skala dan kadar banding, pengcahayaan seperti yang telah dibincangkan tadi. Tidak ketinggalan struktur pada objek lukisan juga turut menjadi elemen penting dalam penilaian guru. Struktur yang jelas dengan kedudukan perspektif dan proposi tepat menunjukkan pelajar telah menguasai pembelajaran guru. (Teori Gestalt dalam Metodologi Pendidikan Seni Visual)

c) Penggunaan bahan:

Penilaian boleh juga dilakukan melalui penggunaan bahan dalam karya lukisan. Terdapat beberapa bahan atau media yang boleh digunakan dalam karya lukisan untuk menimbulkan kesan bentuk pada objek, pengcahayaan dan sebagai melalui medium lukisan seperti pensel, charcoal (arang), oil pastels, pen teknikal dan pensel warna. Guru dapat melihat kebolehan pelajar dalam mengguna dan mengolah pelbagai bahan dalam penghasilan lukisan yang kreatif. (Feldman:1970)

Di samping itu kemahiran memanipulasikan bahan dengan penggunaan teknik yang sesuai sehingga menimbulkan bentuk objek juga boleh diambil kira sebagai faktor penilaian pencapaian pelajar dalam menghasilkan sebuah lukisan. Perkembangan kognitif pelajar dalam penggunaan bahan dan alat juga media boleh diuji melalui teknik yang digunakan seperti teknik lakaran, garisan, lorekan, gosokoan, gurisan, titik dan sebagai. Kemahiran pelajar dalam penggunaan teknik yang pelbagai dengan pengolahan bahan yang tepat akan menghasilkan sebuah lukisan yang menarik dengan elemen-elemen asas senireka yang telah digarap dengan sempurna.Kesan-kesan contengan yang dihasilkan oleh pelajar sama ada cemerlang, sederhana, lemah atau gagal. Guru perlu mengambil kira tentang perkembangan individu seperti kreativiti, idea, persepsi dan perasaan pelajar apabila menghasilkan lukisan. (William G.Perry:1970)



Friday, August 12, 2011

MENILAI SUBJEK SENI DI MASA HADAPAN- BY SITI HAYATI

PENDAHULUAN:

Pendidikan Seni merupakan salah satu subjek yang diajar di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Sejak Malaysia merdeka sehingga sekarang banyak perubahan yang telah berlaku pada Kurikulum Pendidikan Seni. Perubahan-perubahan ini adalah perlu bagi meningkatkan lagi mutu subjek seni ini bagi memartabatkan seni sebagai satu subjek yang penting di ajar di sekolah.

Pendidikan ditakrifkan sebagai proses pemasyarakatan, aktiviti dan proses yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang. Dalam masyarakat primitif, proses pendidikan adalah penyampaian pengetahuan tradisi dengan cara hidup yang diperolehi daripada generasi terdahulu. (Atan Long: Psokologi Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka 1978).

Edlar (1970) pula berpendapat: Pendidikan pada sebarang tempat adalah khusus serta boleh dalam apa juga keadaan yang mewujudkan gabungan alam dan manusia. Oleh itu dalam pendidikan, penyampaian dan pemerolehan ilmu itu bertujuan untuk membawa perubahan ke dalam diri manusia agar terbentuk peribadi mulia.

Menurut Kamus Oxford, seni adalah, ’........... the production of something beautiful, skill or ability in such work...’.

Victor Lowenfeld pula menyatakan, ’ Art is a fundamental human process’......

Syed Naquib Al-Attas menyatakan, ’ pendidikan ialah suatu proses menerapkan sesuatu kepada manusia. Kandungan pendidikan adalah ilmu proses pendidikan iaitu perintisan ilmu ke dalam diri manusia..’

Teknologi elektrik; tempias teknologi maklumat dan agen transportasinya telah mula menular di dalam perkembangan seni tampak. Ia akan menjadi aliran baru yang mampu memberi perubahan dan transformasi kepada pengucapan berkarya. Jika dilihat pengamal seni di Malaysia masih lagi bimbang untuk melakukan sedikit anjakan evolusi minda. Hakikat terhadap berus, cat, dan kanvas sebagai alatan dan media unggul tidak seharusnya diketepikan tetapi sebaliknya perlu dikembangkan.

Komputer, perisian dan skrin elektronik mampu memperkayakan gaya pengucapan berkarya. Melalui kesepaduan seni dan teknologi terkini boleh boleh mengujudkan kepelbagaian disiplin seni yang mampu memberi pilihan kepada generasi masa akan datang. Sekaligus transformasi seni ini boleh dijadikan pemangkin kepada pendidikan dan pengajaran. Tidak dinafikan generasi sekarang dan akan datang telah dan terus terdedah kepada perkembangan teknologi dunia.

PERANAN SENI DI MASA HADAPAN:

Manusia tidak pernah berhenti pada satu keadaan. Begitu juga perkembangan pemikiran, idea, aliran dan falsafah. Terciptanya sesuatu yang baru sekarang ini bukanlah bermula dari tiada tetapi sebenarnya ia diberi pembaharuan yang lebih maju dan berteknologi. Di zaman sekarang tenaga elektrik menjadi keperluan utama manusia dalam kehidupan seharian. Ini bermakna ia menggerakkan perkakasan elektronik sekaligus menjadi tenaga menghidupkan zaman teknologi. Rata-rata manusia mengaitkan teknologi dengan elektronik, dan inilah hakikat teknologi sekarang.

Menurut Robert A.Ott dari Pennsylvania telah meletakkan tiga elemen tentang peranan seni iaitu;

a) Seni sebagai sesuatu disiplin yang berubah dan mengembang dari segi isi kandungan, kontent ataupun disiplin.

b) Seni sebagai sesuatu media untuk elajar tentang etnik, bangsa dan jantina.

c) Seni sebagai satu cara ”barrier breaking” (cara memusnahkan tembok) bagi

pembelajaran media dan teknologi.

Seni dianggap sebagai sesuatu disiplin yang berubah dan mengembang dari segi kandungan , kontent ataupun disiplin. Di United States, institusi pendidikan telah mula sedar tentang kepentingan subjek seni ini dan telah mengalami perubahan-perubahan. Mereka bukan sahaja mengajar teknik-teknik tetapi juga sejarah seni dan seni kritikan. Seni bukan sahaja diajar di studio, tetapi juga sesuatu yang dikaitkan dengan persekitaran dan masyarakat. Oleh itu menurut pendapat Ott, guru seni dianggap sebagai seorang ahli falsafah, penulis, ahli sejarah dan juga artist yang kreatif.

Di Malaysia kandungan kurikulum sukatan Pendidikkan Seni juga memberi pendedahan seperti itu bahkan guru-guru dihantar berkursus sebagai langkah kerajaan mengajar guru-guru tentang pelbagai kemahiran sebagai melengkapkan guru untuk pendidikan seni di masa hadapan.

Seni juga telah mengalami perubahan di mana jika dahulu pembelajaran ini hanya untuk pelajar yang mempunyai bakat tetapi sekarang semua pelajar boleh mempelajari seni termasuk pelajar kurang upaya.

Lebih ramai masyarakat yang mula memahami tentang seni dan ingin tahu tentang sejarah seni dan kritikan seni. Justeru guru seni perlu melengkapkan diri tentang ilmu-ilmu seni dan pusat-pusat seni perlu ditubuhkan untuk memenuhi keperluan masyarakat seni yang telah menjadi suatu pendidikan jangka hayat. John Dewey menyatakan,’.....pendidikan adalah kerja mengatur pengetahuan untuk menambahkan pengetahuan yang sentiasa bertambah’......

Seni juga mengalami evolusi kerana perlu memenuhi kehendak yang berbeza mengikut umur masyarakat. Menurut Ott lagi, seni merupakan refleksi pemikiran golongan intelektual dari zaman berzaman.

Menurut Bauhaus, budaya hidup masyarakat ”elite” iaitu golongan bangsawan yang meminta sekolah mengadakan kurikulum seni untuk anak mereka supaya ada perasaan halus dan budi pekerti”.

Mesej yang disampaikan dalam sesuatu seni boleh dipertahankan dalam jangka masa yang lama dan ia adalah asas kepada pemahaman tentang suatu budaya, etnik dan golongan masyarakat.

Kurikulum Pendidikan Seni di Malaysia telah mempelajari tentang sumbangan wanita terhadap seni dalam sesuatu masyarakat terutama bidang kraf dan masih banyak kajian yang perlu dilakukan. Mungkin suatu pembaharuan akan ditemui pada masa hadapan tentang kajian seni berbentuk budaya dan jantina.

PERUBAHAN-PERUBAHAN SENI DALAM PENDIDIKAN:

Manusia dijangka akan lebih menerima dan mula berminat terhadap seni untuk membolehkan mereka faham tentang sesuatu budaya. Seni menjadi asas kepada segala jenis pembelajaran (centre of learning). Melalui seni kita boleh mengetahui tentang cara pemikiran, emosi, adat istiadat masyarakat dan pemahaman ini berkembang berterusan di masa hadapan.

Melalui kemudahan teknologi, masa hadapan seni juga akan berubah. Sebagai contoh, lebih banyak penggunaan seni visual seperti muzium yang berdinding pameran video secara virtual (maya) tentang barang-barang antik. Sistem komunikasi yang melibatkan pembelajaran secara interaktif menggunakan alat-alat elektronik juga turut akan berkembang. Melukis menggunakan program komputer juga akan membawa perubahan pembelajaran di mana ia akan lebih melibatkan deria penglihatan dan bunyi yang boleh dikombinasikan dengan menggunakan teknologi.

Masyarakat dunia akan lebih mahir menggunakan komputer di masa hadapan. Sebagai contoh ikon dalam komputer juga merupakan sebahagian seni yang memerlukan kemahiran menginterpretasikan ikon tersebut. Oleh itu seni secara tidak langsung akan dipelajari oleh semua pihak kerana untuk menjalani kehidupan seharian mereka memerlukan seni juga.

Menyedari kesan hasil dari ’perkahwinan’ antara seni dan teknologi, keghairahan melayari zaman teknologi mengajak generasi baru pengamal seni serta pengkarya seni atau mereka yang inginkan pembaharuan sama-sama menjadikan inovasi teknologi terkini sebagai satu pengucapan seni bentuk baru. Anjakan demi anjakan, eksplorasi demi eksplorasi dan sempadan seni mula dicabar dan dilebarkan. Percubaan-percubaan seperti ini mencabar pendekatan penyampaian seni dewasa ini.

Dalam seni juga berlaku perubahan dan perkembangan. Ianya bergerak seiringan dengan kemajuan teknologi dunia, hasil dari perkembangan revolusi perindustrian dan mesin. Menyingkap perkembangan awal, percubaan menggabungkan seni dan teknologi ini telah lama bertapak hasil kutipan dan pembaharuan dari pembawaan aliran dadaisma dan kontruktivisma oleh Duchamp, Laszlo Moholy-Nagy, Man Ray dan Alexander Calder. Juga gerakan seni awal dari beberapa kumpulan seni seperti ZERO di Jerman tahun 1957 dan Groupe de Recherche d’Art Visual (GRAV) di Perancis tahun 1960. Karya yang dihasilkan lebih bersifat arca kinetik yang kelihatan seperti mesin.

Walau bagaimanapun perkembangan ini sukar diterima sehinggalah pada tahun 1960-an seni dan teknologi ini dipopularkan di Amerika. Pada tahun 1966 Experiments In Art and Technology ditubuhkan memperlihatkan kerjasama antara saintis dan pelukis. Perkembangan seni ini membawa suatu pengucapan baru dalam aliran seni tampak. Kepelbagaian elemen yang melibatkan cahaya dan kinatik ditampilkan. Keghairahan menjadikan mentol dan elektrik sebagai medium baru ditampilkan dalam karya-karya Dan Flavin (Green Crossing Green,1966) dan Bruce Nauman (Green Light Corridor,1970).

Kepesatan dunia sains dan teknologi yang bermaharajalela mewarnai kehidupan kontemporari telah mencetuskan suatu bentuk medium dan penyampaian baru. Penampilan bentuk seni 4 dimensi memberi banyak alternatif kepada pengamal seni. Video dan filem berkembang sebagai penyampai baru seni tampak yang agak konsepsual.

Jika dilihat perubahan dan perkembangan seni dan teknologi ini tidak langsung menjejaskan bahasa dan tatabahasa seni tampak. Perletakan elemen formalistik seni dan konteks serta isinya masih lagi dalam aturan yang sama. Jelas para pelukis tidak mengabaikan atau mengenepikan elemen-elemen seperti garisan, rupa, bentuk, ruang dan sebagainya termasuklah komponen lain seperti imbangan, harmoni, ulangan dan lain-lain. Cuma teknik dan gaya penyampaian sahaja yang berlainan.

Kesimpulannya di sini, gabungan antara teknologi dan seni boleh dilihat sebagai pendekatan yang bersifat kesepaduan, multi disiplin dan intergrasi yang akan menyentuh terhadap soal-soal budaya, bangsa, sosial dan agama. Ini menjadi perkara penting dalam menentukan kejayaan mengujudkan identiti Malaysia melalui gabungan seni dan teknologi.

Menurut Segmen Frued,,’...... manusia perlu mengawal persekitaran supaya dapat keseimbangan dan perlu ada kebijaksanaan supaya mendapat sebanyak mungkin pengalaman-pengalaman yang penting’....

Oleh itu dimensi dan pandangan manusia terhadap seni telah sentiasa berubah dari dahulu lagi dan akan terus berubah di mana masyarakat sekarang lebih berpendidikan dan mula memahami seni dan lebih berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang seni. Guru-guru seni perlu bersedia menghadapi cabaran ini dan mahir dalam penggunaan teknologi kerana ia menjadi media dalam kelas. Pendidikan Seni juga tidak lagi berfokuskan kepada golongan pelajar sahaja tetapi juga golongan dewasa dan warga tua.

Perubahan dalam Pendidikan Seni sentiasa berlaku dan perubahan ini bukan sahaja dari segi kandungan kurikulum atau teknik pengajaran tetapi juga melibatkan perubahan cara pemikiran, proses pengajaran dan pembelajaran seni, sejarah seni dan asas-asas seni. Antara perubahan-perubahan tersebut ialah:

a) Budaya Visual (visual culture)

Seni budaya visual mula mengambil tempat di kalangan masyarakat sekarang. Contoh seni budaya visual termasuk seni halus, pengiklanan, filem, video, seni rakyat, televisyen, landskap, grafik komputer, seni dalam bidang komunikasi dan produksi. Kesemua perkara tersebut telah menjadi sebahagian dari budaya manusia masa kini dan yang paling popular seperti iklan dan filem. Justeru pengajaran seni bukan sahaja melibatkan seni halus tetapi pelajar juga harus diajar untuk melihat, mengkritik dan memahami maksud, tujuan, hubungkait dan pengaruh seni budaya ini.

Untuk membuat perbezaan tentang jenis seni budaya ini menjadi semakin sukar kerana kepercayaan bahawa seni halus merupakan satu-satunya seni yang bernilai dan dihargai tidak lagi boleh berdiri sendiri kerana cara penilaian sesuatu seni bukan sahaja dilihat dari aspek kualiti estetik seni tetapi juga termasuk cara penyediaan, bahan digunakan,penggunaan teknologi termasuk aspek teknikal.

Aspek-aspek komersial juga telah dimasukkan sehingga berlaku proses kitar semula berlaku. Sebagai contoh, pakaian, muzik, budaya dan lain-lain yang popular suatu masa dahulu telah muncul semula selepas beberapa tempoh. Justeru seni budaya ini telah menjadi sebahagian dari budaya hidup pelajar dan pelajar harus diajar untuk menilai dan mengkritik seni budaya ini. Pelajar juga harus digalakkan menghasilkan seni budaya mereka sendiri sebagai satu cara mereka mengekspresikan imaginasi dan komunikasi mereka. Mc Fee pernah menyatakan; ’....belajar membaca mesej dan mengkaji komunikasi perspektif individu dapat meningkatkan kepekaan terhadap persekitaran dan alam’...

Pendekatan Mc Fee lebih menekankan kepada kebudayaan sesuatu masyarakat kerana beliau berpendapat seni dalam budaya sebagai topik utama pembelajaran Pendidikan Seni.

b) Interaksi Kognitif

Menurut satu kajian tentang kognitif telah mendapati bahawa hubungan bentuk, perasaan dan pengetahuan adalah sebahagian dari proses kognitif. Kepentingan hubungan emosi antara manusia dan objek serta pembelajaran harus disedari dan diberi perhatian oleh pendidik. Ilmu yang diperolehi hasil dari pengetahuan seseorang pelajar, berbanding dengan ilmu yang diperolehi dari kombinasi pengetahuan dan motivasi dalaman harus diambil kira. Manusia belajar hasil dari interaksi pengetahuan yang ada, pengetahuan yang dipelajari dan persekitaran. Justeru pelajar harus digalakkan untuk mendapat pengetahuan bukan sahaja dari pengalaman guru tetapi juga dari interaksi dan emosi mereka semasa mencari dan mempelajari sesuatu ilmu itu.

c) Perspektif Sosial

Jika seni diajar tanpa memasukkan nilai-nilai dan pandangan sosial terhadap seni maka ianya akan menjadi suatu pengajaran dan pembelajaran seni semata-mata kerana perspektif kurikulum. Seni harus juga dipandang dan diinterpretasikan dengan sifat-sifat sosial seperti jantina, bangsa, etnik, bakat istimewa, budaya, sosioekonomi, keadaan politik, alam sekitar dan perasaan manusia. Ini disebabkan seni adalah kompleks, mempunyai unsur kepelbagaian dan mewakili sesuatu budaya. Oleh kerana itu, tujuan seni dan asal usul seni hanya boleh difaham jika seseorang melihat seni dari perspektif sosial.

d) Kebebasan Menggunakan Teknologi

Pelajar harus digalakkan menggunakan teknologi dalam menghasilkan hasil seni mereka dan diasuh minda mereka untuk berfikiran terbuka dan berdaya imaginasi yang tinggi (think out of the box) supaya mereka boleh keluar dari kepompong pemikiran yang terhad dan seterusnya membolehkan seni itu menjadi lebih kreatif.

Di Malaysia hanya segelintir sahaja pengamal seni yang berani membawa pendekatan seni elektronik ini seperti Hasnul Jamal Saidon, Wong Hoi Chong dan Kungyu Liew. Teradapat usaha yang dijalankan oleh Balai Seni Lukis Negara untuk membantu dalam mengenengahkan perkembangan seni elektronik ini seperti menganjurkan Video Art Festival 1994 yang menampilkan kepelbagaian pelantar kategori teknik dan proses.

Melalui pameran solo Hasnul Jamal Saidon, Hyperview (1977), beliau cuba menggabungkan beberapa pendekatan seperti kolaj digital, seni video, seni interaktif multi media, komputer animasi dan juga lukisan dan catan. Menerusi kepelbagaian ini telah memberi peluang kepada beliau untuk membuktikan bahawa teknologi tidak mengasingkan seni malahan mampu bekerjasama sebagai proses ataupun orientasi objek seni.

a) Perbezaan Budaya

Sememangnya seni tidak boleh dipisahkan terutamanya bagi seni visual. Perbezaan sempadan, masa boleh ditunjukkan melalui seni. Misalnya dari pemakaian seseorang wanita, identiti sesuatu masyarakat dapat dilambangkan. Begitu juga dengan dunia moden ini dari aspek pemakaian dan ke mana arah tuju manusia, dapat dikesan betapa perbezaan budaya menjadi semakin kecil dan budaya mulai berintergrasi.

b) Pembentukan Konstektual

Dalam satu kajian yang dijalankan oleh Persky,Sandene dan Askew (1998) mendapati bahawa pelajar tidak berupaya untuk faham sesuatu maksud atau pembentukan hanya melalui pengajaran dan pembelajaran. Sebaliknya tahap pemahaman yang dibina oleh pelajar adalah dari segi kontekstual dahulu. Mereka akan membuat perbandingan, analisis dan melihat persekitaran dan membina pemahaman sendiri dari segi konteks sesuatu sebelum boleh memahami sesuatu perkara atau bentuk seni itu yang sebenarnya.

c) Kritikan Konstruktif

Sesuatu pengetahuan diperolehi oleh pelajar hasil dari membanding beza, melihat kepada kepelbagaian, budaya dan perbandingan sebelum mereka boleh menimba sesuatu ilmu. Justeru dalam membentuk kurikulum, unsur kritikan harus diambil kira. Semasa membuat penilaian hasil seni, perlu ada pandangan dari aspek kritikal dan respons yang konkrit untuk guru menilai.

Berdasar perubahan-perubahan tersebut boleh dirumuskan seperti berikut;

a) Isi kandungan Pendidikan Seni harus melibatkan seni budaya visual

b) Kaitkan perasaan, fungsi dan bentuk harus diketahui untuk menghasilkan sesuatu produk seni .

c) Tahap kognitif secara individu atau kumpulan harus diambil kira dalam proses P&P Pendidikan Seni.

d) Analisa unsur sosial yang terdapat dalam sesuatu seni atau objek.

e) Memahami sesuatu hasil seni dan bentuk dari sudut kontent.

f) Gabungjalinkan unsur teknologi dalam Pendidikan Seni

g) Dalam menilai dan menginterpretasikan seni, haruslah dilihat dari segi kritikan konstruktif yang membina.

KESAN PERUBAHAN SENI DI MASA HADAPAN:

Selari dengan perkembangan teknologi dunia, seni dan teknologi tidak boleh dipisahkan. Interactive networking atau internet telah membolehkan pelajar dan guru memperolehi lebih banyak peluang untuk mengetahui tentang imej visual, bunyi, seni dari pelbagai dimensi dan budaya penggabungan seni dan teknologi tidak dapat dinafikan akan membentuk satu satu generasi yang baru belajar asas seni dengan menggunakan teknologi.

Bukan sahaja perubahan dan revolusi maklumat yang berlaku dekad ini memaksa kita menggunakan teknologi tetapi juga penting bagi guru dan pelajar kerana mereka mempunyai banyak sumber bahan dan maklumat. Cara-cara penghasilan seni untuk masa hadapan juga akan berubah di mana penggunaan software seperti VU-See Me membolehkan pelajar berkomunikasi dengan kawan-kawan dari benua lain dalam menghasilkan folio atau kerja kursus mereka.

Penggunaan teknologi ini akan membantu membentuk satu komuniti yang baru, yang boleh berada di mana-mana dunia dan mampu berkomunikasi dan bertukar-tukar pendapat tentang seni dan lain-lain . Ini dianggap sebagai pembangunan komuniti (community building). Guru dan pelajar boleh berbincang tentang isu seni seterusnya bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan.

Sebagai contoh yang terdapat di Institute John F.Kennedy yang telah mewujudkan suatu net forum secara online di mana ramai guru telah meminta bantuan dan seterunya bertukar-tukar idea berkaitan dengan seni dan masalah yang mereka hadapi. Ini merupakan satu komuniti secara virtual. Antara perkara yang dibincangkan termasuklah isu-isu pedagogi , kontroversi pelbagai perkara dalam disiplin seni, dan bertukar-tukar pengalaman. Di samping itu, videoconference juga boleh diadakan kerana cara begini sebenarnya adalah sebahagaian dari apa yang dikatakan reformasi dalam bidang pendidikan yang sedang berlaku sekarang.

Kombinasi pendidikan jarak jauh dan kemudahan networking, guru dan pelajar boleh bekerjasama dalam merancang, mengimplementari dan membuat penilaian sesuatu kurikulum atau aktiviti. Sebagai contoh guru-guru boleh bekerjasama membentuk suatu sistem penilaian interaktif dan menentukan unsur yang hendak dinilai bagi sesuatu aktiviti.

Pelajar juga mudah mendapatkan maklumat yang melibatkan audio, grafik dan imej yang bergerak. Misalnya jika ingin mempelajari sesuatu tajuk seni dan langkah-langkah proses penghasilan, pelajar boleh melihat beberapa audio visual serta penerangan yang boleh difahami oleh pelajar dan guru. Ini membolehkan pelajar lebih menghargai proses pembelajaran itu sendiri.

Proses pembelajaran juga akan menjadi lebih menarik kerana guru dan pelajar akan melibatkan diri bersama-sama dalam menghasilkan suatu pembelajaran, misalnya bekerjasama untuk membentuk suatu laman web yang berkaitan dengan sesuatu tajuk. Ini menyebabkan pelajar melibat diri secara langsung dalam proses pembelajaran bukan lagi bergantung kepada guru semata-mata. Penggunaan teknologi dalam pendidikan menjadi pelajar lebih aktif dalam proses pembelajaran.

Pelajar juga boleh mengakses kepada sumber maklumat dan guru-guru boleh mendapatkan ABM secara langsung yang boleh dijadikan sebagai petunjuk kepada guru dan pelajar. Teknologi lebih menyumbang kepada pembangunan Pendidikan Seni. Penggunaan teknologi lebih bermanfaat di masa hadapan kerana melaluinya, penghasilan seni, pameran seni serta mengkritik akan menjadi lebih meluas kerana ia menjadi lebih cepat dan mudah dengan bantuan software dan program yang semakin banyak di pasaran dan internet. Paling penting ialah komunikasi masyarakat menjadi lebih mudah dan penglibatan pelajar menjadi lebih penting dalam pendidikan yang berteraskan teknologi dan media.

Penglibatan elektronik dan komputer ini bukanlah terus menerus menolak atau mencabar hakikat terhadap berus, cat dan kanvas sebagai alatan dan media unggul sejak dari zaman Renaisance, tetapi melihat keupayaan teknologi komputer, aplikasi perisian, skrin elektronik, gelombang atau pancaran cahaya elektronik bahkan terkini internet mampu memperkayakan gaya pengucapan berkarya dalam berbagai katogari pelantar seni.

Kepesatan teknologi komputer ini juga turut menghasilkan aplikasi perisian yang menyumbang kepada seni dan kreativiti. Dengan aplikasi perisian ini memungkinkan kemajuan kreativiti di mana mampu memperbaiki dan memantapkan nilai-nilai artistik manusia. Aplikasi perisian lebih bersifat sebagai metafora peralatan. Justeru teknologi tinggi dan komputer tidak sewajarnya dianggap sebagai peralatan semata-mata kerana ia juga boleh bertindak sebagai penyataan maklumat yang abstrak. Perlaksanaan seni juga dapat dilakukan oleh komputer dengan cara memudah, meringkas dan mempercepatkan proses pekerjaan seni dan penampilan proses seni itu sendiri.

Kebanyakan hanya pengamal seni generasi baru atau mereka yang inginkan perubahan sahaja yang berani untuk melibatkan penggunaan teknologi komputer di dalam penghasilan karya seni. Justeru kita lihat generasi baru sebagai generasi yang mudah menelan dan mencerna teknologi elektronik walau dalam apa juga bentuk sekalipun.

PENUTUP:

Teknologi merentasi kurikulum merupakan satu petanda bahawa dunia pendidikan akan sentiasa mengalami perubahan demi perubahan. Kemajuan penggunaan teknologi moden dalam pengajaran Pendidikan Seni sentiasa dialu-alukan dalam usaha meningkatkan martabat subjek ini namun terdapat beberapa kekangan yang perlu dihadapi. Antara isu atau cabaran penggunaan teknologi adalah isu berkaitan dengan copyright/hak cipta. Ini kerana penggunaan di internet tidak dapat dihalang dan semua pihak berupaya mengambil bahan dengan sewenang-wenangnya. Juga masalah menggunakan media yang sesuai seperti yang berkualiti tinggi supaya seni itu dpat dilihat dan dialami dengan cara yang betul. Jika kualiti kurang memuaskan ita bimbang jika ianya salah diinterpretasikan. Namun begitu penggunaan teknologi lebih memberi manfaat di masa hadapan jika penggunaanya dipraktikkan kerana kemanfaatannya yang tidak perlu dipertikaikan lagi dalam sumbangannya dalam subjek seni ini.

Bagaimanapun dalam masa mengharungi perubahan dan perkembangan ini seharusnya pengamal seni tanah air tidak mengenepikan elemen dan prinsip budaya bangsa sendiri yang ada kekuatannya dan mampu memeriahkan seni tampak seterusnya mengujudkan kepelbagaian disiplin seni yang mampu memberi pilihan kepada generasi akan datang.

AMALAN PENILAIAN PSV DI SEKOLAH


PENGENALAN

Pendidikan Seni Visual bukanlah setakat memberi pengajaran dan pembelajaran untuk menghasilkan karya-karya seni tetapi meliputi aspek-spek kehidupan manusia seharian. Pendidikan Seni Visual merupakan antara salah satu subjek yang wajib diajar di peringkat menengah rendah bermula dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Tiga walaupun subjek ini bukanlah subjek peperiksaan di peringkat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR). Bermula dari Tingkatan Empat hinggalah Tingkatan Lima para pelajar boleh memilih subjek ini sebagai subjek elektif sehinggalah mereka menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia. Bagi pelajar Tingkatan Enam juga diberi peluang untuk memilih subjek ini sebagai subjek peperiksaaan Sijil Tinggi Persekolahan. Penekanan pelajaran Pendidikan Seni Visual ini adalah untuk membolehkan pelajar mempertingkatkan kebolehan mengolah teknik dan proses secara lebih sistematik supaya dapat menghasilkan kerja seni yang lebih kreatif dan bermakna. Pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual di peringkat menengah rendah seringkali menemui pelbagai masalah lantaran tidak semua guru yang mengajar subjek berkenaan adalah guru opsyen Pendidikan Seni Visual. Lantaran itu proses penilaian juga tidak secara langsung berhadapan dengan pelbagai masalah dalaman yang perlu ditangani dengan bijak agar amalan penilaian yang dilaksanakan bertepatan dengan kehendak kurikulum.Terdapat pelbagai pendekatan yang dijadikan panduan sebagai amalan melaksanakan proses penilaian Pendidikan Seni Visual.

Dalam tulisan ini akan difokuskan sebagai contoh amalan penilaian yang dilaksanakan di salah sebuah sekolah menengah di daerah Hilir Perak semasa melaksanakan proses penilaian dalam Pperiksaan Akhir Tahun 2007 Pendidikan Seni Visual untuk pelajar Tingkatan Dua.

PENILAIAN – SATU DEFINISI

Mok Soon Sang (2003) telah mentakrifkan penilaian sebagai proses menentukan, mendapatkan, dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan penilaian boleh ditakrifkan sebagai suatu sistem atau proses meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan (Mok Soon Sang, 2003). Daripada kedua-dua definisi ini dapat dilihat akan pentingnya penilaian dilaksanakan oleh mereka yang terlibat agar tindakan seterusnya yang sepatutnya diambil boleh direncanakan dengan lebih mantap dan secara bersepadu.

Assessment – It is the process whereby one attempts to measure the quality and quantity of learning and teaching using various assessment techniques

( Advanced Learner’s Dictionary Of Education, 2000)

Penilaian adalah untuk mengukur samada berjaya atau tidak pembaharuan pendidikan yang dibuat dan memainkan peranan sebagai agen perubahan secara menyeluruh untuk pendidikan (Beattie, 1997).

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH – PANDUAN AMALAN PENILAIAN

Di sekolah rendah atau menengah proses penilaian yang dijalankan sebaik-baiknya merujuk kepada buku panduan Penilaian Kendalian Sekolah (PKS) yang telah dikeluarkan oleh bahagian Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia. Namun demikian kadangkala terdapat sesetengah sekolah tidak memberi pendedahan kepada guru-guru tentang buku panduan ini yang menyebabkan para pendidik seakan-akan hilang hala tuju dalam melaksanakan penilaian di peringkat sekolah. Dengan bermatlamatkan untuk membantu guru semasa menjalankan penilaian peringkat sekolah. buku panduan ini juga memberi pendedahan kepada guru tentang konsep, kaedah, ciri-ciri, dan keperluan melaksanakan PKS serta cara mengaplikasikannya dalam bilik darjah.

Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah dikenali sebagai PKS di mana guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrument penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat, melapor dan membuat tindakan susulan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001). Ini semuanya dilakukan dengan bersandarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menuntut perkembangan potensi individu secara menyeluruh. Maka dengan itu peranan guru amat penting bagi memastikan penilaian di sekolah memberi penekanan kepada konsep penilaian berterusan terhadap perkembangan bagi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Melalui PKS guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa dan mendapat peluang memperbaiki kesilapaan serta kelemahan para pelajar.

PENILAIAN PENDIDIKAN SENI VISUAL DI SEKOLAH MENENGAH

Perlunya penilaian Pendidikan Seni Visual adalah untuk memperlihatkan kepada para pendidik Pendidikan Seni Visual, para pelajar serta keluarga akan kemajuan dan perkembangan pelajar setelah melalui proses pengajaran dan pembelajaran. Selain dari itu hasil penilaian juga boleh dijadikan kayu ukur untuk menilai semula keberkesanan kurikulum yang telah diaplikasikan pada masa tersebut. Kurikulum Pendidikan Seni Visual perlu mengalami perubahan sejajar dengan perubahan kehendak semasa dunia pendidikan yang bertunjangkan dunia tanpa sempadan sekarang ini. Penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran amat ketara dan penting untuk memenuhi keperluan produk yang dilahirkan. Para pelajar yang keluar dari sekolah akan dapat menghadapi cabaran dunia luar dengan dapat bersaing dalam pasaran pekerjaaan terutama dalam bidang seni (Abdul Halim, 2004). Lantaran itu pendekatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual akan meluaskan sumber-sumber maklumat yang berkaitan dengan seni.

Hal yang demikian untuk mengukur pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual merupakan salah satu tujuan penilaian dilaksanakan samada dalam bentuk penilaian formatif atau penilaian sumatif. Mengimbas kembali, jenis penilaian formatif adalah dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Penilaian ini juga berfungsi sebagai untuk melihat pembelajaran yang berlaku secara eksplisit di kalangan pelajar yang berkaitan dengan afektif dan psikomotor.

Penilaian sumatif pula dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun yang bertujuan untuk mengukur keupayaan para pelajar menerima dan menghayati ilmu yang berkaitan dengan kognitif pelajar. Umum mengetahui bahawa subjek Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah bertujuan melahirkan warganegara yang berbudaya khususnya yang berimaginatif, kreatif, berpengetahuan dan peka terhadap ciri-ciri estetika (Mazlan, 1996). Oleh itu bagi melahirkan warganegara yang sebegini proses pengajaran dan pembelajaran dari peringkat awal hingga peringkat penilaian perlulah dilaksanakan dengan mantap oleh para pendidik Pendidikan Seni Visual. Peranan guru Pendidikan Seni Visual tidak boleh lari daripada mengetahui cara-cara untuk meningkatkan keupayaan pelajar-pelajarnya dalam menilai dan memahami serta menghargai seni yang terdapat di sekitar masyarakatnya (Iberahim, 2000).

Secara tradisional, penilaian masih lagi difikirkan sebagai satu proses yang dilaksanakan di akhir proses pembelajaran tetapi konteks untuk penilaian yang lebih bersifat kontemporari adalah sebahagian daripada keseluruhan proses melaksanakan seni itu sendiri (http://www.nysed.gov). Penilaian adalah secara formatif kerana ia menyumbangkan kepada pembelajaran pelajar dan boleh dilihat sebagai satu yang amat penting untuk melengkapkan keseluruhan proses pembelajaran.

Terdapat pelbagai pendekatan dan panduan yang boleh diambil oleh guru subjek Pendidikan Seni Visual dalam melaksanakan poses penilaian. Antaranya adalah merujuk Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah.

Penilaian subjek Pendidikan Seni Visual di sekolah menengah dilaksanakan mengikut bentuk penilaian PKSM yang berdasarkan kepada :

1. Hasrat, matlamat dan objektif mata pelajaran

2. Penekanan dan pembaharuan

3. Skop kandungan mata pelajaran

Manakala aspek-aspek yang dinilai adalah aspek pengetahuan –domain kognitif, aspek kemahiran –domain psikomotor dan aspek nilai –domain afektif ( Pusat Perkembangan Kurikulum n.d.). Guru-guru Pendidikan Seni Visual seharusnya tidak berhadapan dengan masalah dalam melaksanakan proses penilaian kerana telah ada bahan rujukan untuk dijadikan panduan. Melalui buku ini guru subjek Pendidikan Seni Visual dapat menilai aspek pengetahuan iaitu domain kognitif yang merangkumi pengetahuan pelajar dalam unsur seni, prinsip dan struktur rekaan. Selain dari itu aspek yang dinilai juga adalah pengetahuan tentang alat, teknologi bahan, teknik, bentuk gubahan, kekemasan, pemahaman dan penghargaan.

Dalam aspek kemahiran iaitu domain psikomotor pula melibatkan poses dan hasil kerja yang dilaksanakan oleh pelajar termasuklah :

1. Penilaian dan penyediaan alat dan bahan

2. Pewujudan idea

- cara untuk mendapatkan idea

- cara untuk memperkembangkan idea

3. Kegunaan bahan dan teknik

4. Kemasan

Penilaian dalam aspek nilai iaitu domain afektif boleh dilihat melalui pemerhatian sikap dan perlakuan pelajar yang direkod oleh guru subjek. Untuk penilaian aspek pengetahuan atau kognitif boleh dijalankan secara penulisan atau lisan. Segala bentuk dan maklumat pencapaian diri pelajar perlu direkod. Tahap pencapaian pelajar dalam jangka waktu pembelajaran perlu direkodkan oleh guru subjek Pendidikan Seni Visual melalui bentuk rekod yang difikirkan sesuai oleh guru.

Dalam menentukan kewajaran pemberatan peratus domain untuk dinilai pihak Pusat Perkembangan Kurikulum dalam buku yang bertajuk Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual menyatakan bahawa

PERINGKAT MENENGAH RENDAH PERINGKAT MENENGAH ATAS

ASPEK % WAJARAN ASPEK % WAJARAN

KOGNITIF 30 KOGNITIF 40

PSIKOMOTOR 60 PSIKOMOTOR 50

AFEKTIF 10 AFEKTIF 10

Dapat dilihat di sini bagi peringkat menengah rendah aspek psikomotor yang mempunyai nilai % kewajaran untuk dinilai yang tinggi kerana pada tahap ini pelajar terlibat secara langsung dalam proses penghasilan sesebuah karya seperti yang telah disebutkan diatas tadi. Manakala pada peringkat menengah atas pula nilai % kewajaran untuk dinilai adalah tinggi bagi aspek psikomotor juga. Memandangkan para pelajar akan menjurus ke arah persediaan menghadapi Peperiksaan Sijil Persekolahan Malaysia maka aspek proses dan teknik diberi pemberatan yang lebih jika dibandingkan dengan kognitif dan afektif.

Melalui penilaian proses dan teknik ( psikomotor) pelajar didedahkan sepenuhnya dengan alam seni visual yang sebenarnya iaitu penghasilan karya.

Namun demikian aspek-aspek lain juga tidak kurang penting untuk dinilai kerana melalui penilaian ketiga-tiga domain ini akan melahirkan pelajar yang seimbang sejajar dengan apa yang disarankan oleh Lansing (dalam Iberahim, 2004) bahawa melalui subjek Pendidikan Seni Visual ketiga-tiga domain pelajar perlu dipenuhi iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor.

Sebagai satu amalan penilaian yang dilaksanakan sejak beberapa tahun yang lalu ,salah sebuah sekolah menengah di daerah Hilir Perak mengadakan penilaian Pendidikan Seni Visual dalam bentuk formatif dan sumatif. Proses pelaksanaan penilaian bermula dengan ujian topikal sebanyak empat kali setahun, diikuti pula penilaian dua kali setahun dan peperiksaan dua kali setahun. Sistem pemarkahan menggunakan system pengkomputeran untuk diproses markah yang telah dimasukkan ke dalam data maklumat.

Bagi Pendidikan Seni Visual tingkatan dua di sekolah tersebut, ujian topikal dilaksanakan melalui kerja-kerja mingguan para pelajar yang dibuat di dalam ‘sketch book’. Ini bermakna setiap pelajar mempunyai buku lakaran untuk membuat tugasan yang diberikan oleh guru-guru subjek Pendidikan Seni Visual. Portfolio atau ‘sketchbook’ yang mengandungi hasil kerja seni para pelajar digunakan untuk membanding kemajuan dan ‘self-growth’ para pelajar ( Linderman,1997). Sistem pengumpulan maklumat begini adalah lebih kemas dan teratur di mana guru serta pelajar dapat membuat penilaian kendiri dan mengemas kini tugasan mereka serta mengenal pasti kemahiran yang belum dikuasai lagi. Pentaksiran kendiri pelajar atau student self-evaluation adalah sebahagian daripada prosedur penilaian (Linderman, 1997).

Untuk akauntabiliti atau bukti tentang apa yang sepatutnya telah disampaikan oleh guru boleh diperlihatkan dalam pelbagai cara atau bentuk. Cara yang paling efektif adalah melalui portfolio perkembangan individu (Bates, 2000). Ini adalah rekod yang mengandungi proses-proses pengajaran yang telah disampaikan oleh guru dan digambarkan melalui pencapaian pelajar dalam setiap unit pembelajaran. Ini juga sejajar dengan saranan yang telah ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum melalui Buku Sumber Guru Pendidikan Seni Visual yang mahu penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses pembelajaran pelajar dilaksanakan iaitu portfolio.

Melalui portfolio ini penilaian dapat dilaksanakan dari pelbagai aspek pembelajaran yang penting antaranya

1. Untuk menunjukkan penguasaan pelbagai kemahiran dan pencapaian pelajar dalam pelbagai cara

2. Untuk menunjukkan prestasi pelajaran dalam projek jangka panjang dan jangka pendek

3. Untuk menunjukkan pencapaian pelajar sepanjang tahun atau penggal

4. Untuk memupuk rasa bangga terhadap hasil kerja sendiri

Amalan penilaian portfolio yang telah dilaksanakan oleh guru di sekolah tersebut menunjukkan guru apa yang sebenarnya diajar dan menunjukkan pelajar apa yang sebenarnya dipelajari. Oleh yang demikian guru dan pelajar dapat mengenalpasti perkembangan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan. Namun demikian sekolah tersebut tidak menyediakan rubrik untuk penilaian portfolio para pelajar yang mana dengan adanya rubric, guru dan pelajar mendapat gambaran yang tepat tentang piawai pencapian yang diharapkan ( Pusat Perkembangan Kurikulum n.d.).

Guru subjek Pendidikan Seni Visual di sekolah tersebut tiada pendedahan khusus tentang penyediaan rubrik penilaian portfolio.

Setiap hasil kerja para pelajar diberi markah dengan melihat aspek kreativiti, ketepatan tajuk tugasan, kekemasan, dan kaedah pewarnaan. Markah-markah yang dikumpulkan sebagai markah ujian topical akan diambil kira sebagai markah Penilaian 1 dan Penilaian 2 serta Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun. Untuk Penilaian 1 dan Penilaian 2 pelajar perlu menjawab kertas soalan objektif sahaja sebanyak 50 soalan. Manakala untuk kertas soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun pelajar perlu menjawab kertas soalan objektif 50 soalan dan kertas melukis dan mewarna. Markah-markah ujian topikal seterusnya akan dicampur dengan markah peperiksaan atau penilaian.. Ini bermakna pelajar akan dinilai dari awal aktiviti yang telah dilaksanakan secara penilaian formatif dan digabungkan dengan penilaian sumatif.

Langkah ini diambil untuk mengenal pasti pelajar yang kurang berminat dan kurang menguasai kemahiran bagi meneruskan langkah pemulihan berterusan seperti yang dianjurkan dalam pengajaran masteri atau ‘mastery learning’. Di samping itu penyediaan kertas soalan objektif dan kertas melukis mewarna disediakan oleh guru yang mengajar Pendidikan Seni Visual walaupun guru berkenaan bukan dari opsyen Pendidikan Seni Visual. Ketua Panitia akan memantau dan mengenalpasti kelemahan dan kekurangan item-item soalan yang dibina. Ini bagi memastikan item-item soalan yang dibina adalah berdasarkan tajuk-tajuk yang telah diajar kepada pelajar.

Merujuk kepada lampiran contoh kertas 1 (soalan objektif) dan kertas 2 (soalan melukis mewarna) guru penyedia soalan telah menyediakan Jadual Spesifikasi Item (JSI) terlebih dahulu untuk kertas 1. Namun demikian masih terdapat kelemahan-kelemahan yang perlu diperbaiki iaitu taburan soalan mengikut aras tidak tepat mengikut standard yang disarankan dalam Taksonomi Bloom. Memandangkan pelajar yang dinilai adalah pelajar tingkatan 2 maka sepatutnya kebanyakan soalan perlu berada di aras pengetahuan, kefahaman dan aplikasi. Tetapi berdasarkan JSI yang disertakan didapati taburan soalan sudah berada pada aras analisis dan sintesis sebanyak 17 soalan. Kelemahan juga timbul pada bahagian tajuk dan penentu aras soalan kerana soalan yang dibina tidak menggambarkan aras yang tepat iaitu item soalan nombor 3 sebenarnya bukan berada pada aras analisis. Oleh yang demikian guru pembina item soalan perlu merujuk semula kepada Taksonomi Bloom kerana kaedah ini memudahkan pembina ujian menentukan aras kemahiran (kesukaran) yang harus diujibagi sesuatu perkara atau maklumat (Bhasah, 2003).

Item-item soalan yang dibina adalah berdasarkan tajuk-tajuk yang telah diajar oleh guru – rujuk lampiran persediaan rancangan mengajar harian beberapa bulan sebelum peperiksaan dijalankan. Untuk kertas 2 melukis dan mewarna sebanyak 6 soalan diberi dan pelajar dikehendaki menjawab 1 soalan sahaja. Sistem pemarkahan yang digunakan oleh guru-guru Pendidikan Seni Visual seramai 2 orang adalah tidak standard di mana sistem piawai markah tidak ada untuk dijadikan panduan. Guru pemeriksa kertas jawapan hanya menggunakan pendekatan sendiri samada secara holistik atau menetapkan kriteria tertentu untuk pemarkahan seperti ketepatan tajuk, kreativiti, kekemasan dan pewarnaan.

Setelah markah-markah peperiksaan diperoleh guru subjek akan menulis di dalam ruangan markah buku ringkasan mengajar dan dalam borang ‘headcount’ seperti ditetapkan oleh pihak pentadbir sekolah- rujuk lampiran markah. Kesemua markah ini akan dimasukkan ke dalam sistem komputer untuk diproses dan dikeluarkan melalui slip markah untuk para pelajar. Dengan slip markah inilah guru, para pelajar dan ibubapa akan mengetahui kedudukan para pelajar dalam subjek Pendidikan Seni Visual. Seterusnya slip markah ini akan dikepilkan di dalam kad kemajuan untuk diserahkan kepada ibubapa untuk ditandatangani. Oleh itu amalan penilaian subjek Pendidikan Seni Visual yang dilaksanakan oleh sekolah ini hanya terhenti setakat memberitahu kepada ibubapa melalui slip dan tidak secara lisan atau sesi perjumpaan. Perkembangan pembelajaran anak-anak hanya diketahui oleh ibubapa melalui gred-gred sahaja. Fungsi penilaian hanyalah sekadar memberitahu samada pelajar lulus atau tidak berdasarkan gred sahaja. Pelajar sendiri tidak tahu tahap pencapaian kemahiran mereka yang sebenar-benarnya.

Oleh yang demikian dapat dilihat bahawa keberkesanan penilaian berasaskan sekolah yang telah dilaksanakan hanya setakat penggredan dan guru memainkan peranan secara menyeluruh dalam proses penilaian yang dilaksanakan. Peranan pelajar hanyalah sebagai menjalankan proses pembelajaran dan menerima apa juga keputusan yang diberikan oleh guru. Tiada sesi perbincangan dua hala antara guru dan pelajar semasa proses penilaian dijalankan apatah lagi yang melibatkan ibubapa para pelajar atau rakan sebaya.

KESIMPULAN

Umum mengetahui amalan penilaian Pendidikan Seni Visual di sekolah-sekolah rendah dan khususnya di sekolah-sekolah menengah dilaksanakan secara impresif oleh guru-guru seni. Aspek yang dinilai adalah yang berkaitan dengan keupayaan pelajar menghasilkan karya seni mengikut kesesuaian tema dan kecekapan menggunakan peralatan untuk penjanaan idea dalam mengolah unsur-unsur seni (Iberahim n.d.). Proses penilaian berakhir dengan makluman pencapaian pelajar kepada ibubapa melalui kad laporan kemajuan pelajar. Walaupun proses penilaian dapat dilaksnakan peringkat demi peringkat berdasarkan objektif pengajaran dan pembelajaran guru perlu memastikan penilaian yang dibuat turut meliabtkan pelajar secara langsung samada melalui ‘self-assessment’ atau bersama rakan-rakan. Para pelajar seharusnya diberi peluang untuk berbincang dan memberi respon tentang kerja mereka dan juga rakan mereka.

Penilaian hasil kerja studio juga boleh melibatkan para pelajar di mana mereka membuat refleksi, perbincangan dan menyatakan respon semasa menghasilkan kerja-kerja seni. Bidang-bidang ilmu dan pengetahuan seperti sejarah seni dan apresiasi seni dinilai melalui ujian dan peperiksaan samada bertulis atau lisan. Michael (dalam Iberahim n.d.) ada menyarankan skala penilaian sejarah seni untuk digunapakai oleh guru seni dalam membuat penilaian sejarah seni yang melibatkan domain kognitif dengan bersandarkan aras Taksonomi Bloom. Melalui pendekatan ini pelajar dapat dinilai dengan sebaik-baiknya selain daripada menggunakan amalan menjawab soalan peperiksaan.

Penilaian boleh memotivasikan pelajar untuk belajar, meneroka dan mengamalkan apa yang telah dipelajari. Di samping itu pelajar boleh belajar secara langsung, menghubungkan pengetahuan yang baru dengan yang lama serta lebih bertanggungjawab dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan. Selain itu para pendidik Pendidikan Seni Visual dapat memantau perkembangan prestasi pelajar seperti penilaian berportfolio. Dengan itu tahap pencapaian pelajar dapat dikenalpasti dari semasa ke semasa di samping kekuatan dan kelemahan aspek-aspek dalam penilaian dapat dikesan. Guru seni perlu memastikan dalam penilaian seharusnya mempunyai kriteria-kriteria seperti objektif, kesahihan, adil, terbuka, bermakna, mendidik, menyeluruh, berkesinambungan, ada kepelbagaian dan menarik serta berkesan. Hasil daripada pembelajaran dan pengajaran boleh dibandingkan agar keberkesanan dapat diukur.

Penilaian adalah perkara yang paling penting kepada guru dan pelajar dalam kelas berkenaan serta ibubapa atau penjaga pelajar-pelajar ( Goldberg, 1997). Amalan penilaian yang diamalkan di sekolah perlu menghindari dari membanding beza hasil kerja pelajar dengan cara yang negatif. Guru perlu bijak melaksanakannya dengan cara strategi menyoal soalan apabila pelajar sudah menyelesaikan tugasan mereka. Ini akan membantu pelajar-pelajar memahami bukan setakat menghargai produk yang dicipta sahaja tetapi proses melaksanakan kerja-kerja seni mereka. Dengan gabungan kreativiti dalam memilih pendekatan yang sesuai dan ‘energy’ yang mantap dari para pendidik seni di sesebuah sekolah, penilaian yang berasaskan matlamat pendidikan, fokus kepada pembelajaran, penting untuk pengesahan kemajuan pelajar dan program dapat terlaksana dengan jayanya.

RUJUKAN

Abdul Halim Husain, (2004). Pendidikan Seni Visual dan Muzik. Tanjong Malim:

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Advanced Learner’s Dictionary of Education, (2000). New Delhi: Anmol Publications

Pvt. Ltd.

Bates, J. K. (2000). Becoming An Art Teacher. Singapore: Thomson Learning.

Beattie, D. K. (1997). Assessment in Art Education Art Education in Practise Series.

Massachusetts: Davis Publications Inc.

Bhasah Abu Bakar, (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjong Malim:

Quantum Books.

Dean, J. E. (2005). Arts in the Elementary School Classroom: The Importance of Arts

Integration. Retrived May 1, 2007, Web site:

http://www.wm.edu/education/599/05Projects/dean 599.pdf

Goldberg, M. (1997). Arts and Learning An Integrated Approach to Teaching and

Learning in Multicultural and Multilingual Settings. New York: Longman.

Iberahim Hassan, (2000). Kumpulan Esei Pilihan Pendidikan Seni dan Muzik.

Tanjong Malim: Fakulti Sains Sosial dan Kesenian, Universiti Pendidikan

Sultan Idris.

Iberahim Hassan , (2004). Pendidikan Seni Visual dan Muzik. Tanjong Malim:

Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Iberahim Hassan. Penilaian Dalam Pendidikan Seni Visual. Kertas Seminar HEPI

Linderman, M. G. (1997). Art in the Elementary School Fifth Edition. United States of

America: Brown & Benchmark.

Mazlan Mohamad, (1996). Siri Pendidikan Guru Pendidikan Seni 1 Prinsip Pendidikan

Seni. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Monday, May 31, 2010

Seni itu indah..

Nilai-nilai estetika menuntut manusia berfikir secara kreatif untuk menghasilkan sesuatu karya yang baru. Daya imaginasi dan kefahaman tentang konsep terhadap bagaimana menghasilkan sesuatu karya memerlukan pengkajian yang teliti. Maka dengan itu para pendidik seni atau sesiapa sahaja yang terlibat di dalam bidang seni perlu meningkatkan pengetahuan sama ada secara formal atau informal untuk menjadikan seseorang pengkarya seni lebih berprestij.

Monday, February 22, 2010

Studio Seni SMK Tapah

Studio Seni SMK Tapah, tempat penulis mencari idea dan ketenangan. Lebih banyak menghabiskan masa di studio berbanding di bilik guru. Hampir 7 tahun mengajar di sekolah ini, sempat 'mengindahkan' studio ini seperti rumahku..syurgaku.









Monday, September 14, 2009

Kajian Tindakan PSV

Klik link ini untuk muat turun dokumen ttg kajian tindakan PSV.

Pengujian, Pengukuran dan Penilaian

Sila klik link ini untuk muat turun dokumen berkenaan isu pengujian, pengukuran dan penilaian.