KAJIAN LITERATUR
Sejarah Tenunan
Tenunan adalah suatu proses hasil jalinan atau sulaman benang-benang secara selang-seli antara benang loseng ( yang menunggu ) dengan benang pakan ( yang mendatang ) untuk dijadikan sehelai kain. Seni tenunan adalah suatu warisan yang terus mendapat tempat istimewa dalam kebudayaan Nusantara. Faktor yang mendorong perkembangan seni tenunan ini dapat disorot pada kepentingan kedudukan rantau ini dari segi geografi. Sebagai tempat persinggahan kapal yang strategik, Nusantara menjadi tumpuan utama pedagang dari Tanah Arab, India dan China. Antara barangan yang didagang ketika itu ialah kain termasuk kain tenun. Oleh sebab itu, seni tenunan di Nusantara banyak dipengaruhi dari negara-negara tersebut. Di antara tenunan yang paling terkenal ialah Songket Melayu dan Tenunan Pua peribumi Borneo. Perusahaan tenunan ini banyak dilakukan di negeri Pantai Timur khususnya di negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang. Teknik hasil kraftangan tenunan utama yang menampakkan keseragaman tekstil Melayu. Kain tenunan beerti kain atau tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenunan yang dibuat daripada benang. Tenunan awal yang dihasilkan dengan menggunakan alat tenun duduk, yang masih kekal dalam budaya masayarakat Iban. Masyarakat Bajau Darat atau Iranun juga mewarisi alat tenunan duduk, tetapi berkembang kemudiannya dengan alat tenun berkaki seperti alat tenunan di wilayah budaya tekstil Meayu pesisir yang lain. A.J Hill ( 1949 ) beranggapan bahawa menenun adalah perusahaan yang tertua yang telah dihasilkan di Terengganu dan Kelantan dengan menggunakan ‘kei berkaki’. Peralatan yang lebih maju berbeza dengan alatan duduk suku Iban, Iranun, Bajau, Batak ( ikat Pakan ).
Jenis-jenis Kain Tenunan
Kain Cindai
Catatan sejarah membayangkan bahawa kain cindai dibawa masuk ke Tanah Melayu pada abad ke-12 atau ke-13 Masihi. Kain ini berasal dari Hadrami di wilayah Gujerat, India dan dibawa ke negara ini oleh pedagang Islam melalui pelabuhan Terengganu. Kain cindai ialah sejenis kain nipis dan ringan yang ditenun daripada benang sutera yang sederhana kasar. Coraknya dihasilkan dengan teknik ikat dan celup. Kain cindai dibahagikan kepada dua jenis iaitu cindai jantan dan cindai betina. Perbezaannya dikenali pada corak atau bunga dan pada warna latar atau tanahnya. Cindai jantan mempunyai bunga yang kasar dan garang, manakala cindai betina menampilkan bunga yang halus dan lembut. Bunga kain cindai diberi nama yang unik seperti giling kacang, hujan lebat, sekawan merpati dan tikar ru.
Kain Limar
Pada tahun 1773 pemerintah Melaka, Sultan Mansur Syah I telah meminta para penenun istana mencipta sejenis kain yang menyerupai kain cindai dan kain songket. Daripada pemerintahan diRaja itu, lahirlah kain limar. Ketika kain limar mula-mula dihasilkan dahulu, kombinasi warna-warna buah limau iaitu rentetan warna dari hijau kuning ke merah tua digunakan. Kain limar ditenun daripada benang sutera dan bersulam benang emas. Kedua-dua cara digunakan untuk membuat kain cindai dan kain songket. Teknik buatan kain limar sama dengan kain cindai cuma perbezaannya sebelum ditenun, coraknya ditentukan dengan cara mengikat benang-benang itu berkelompok pada alat aning. Kain limar merupakan pakaian wanita istana pada zaman dahulu.
Tenunan Pahang
Kain tenunan Pahang dipercayai berasal daripada Sulawesi dan dibawa ke Pahang pada abad ke-16. Tokoh yang bertanggungjawab ialah Tuk Tuan atau Keraing Aji yang berketurunan Bugis dan bermastautin di Kampung Mengkasar, Pekan, Pahang. Dari Pahang, corak ini berkembang ke Kelantan dan Terengganu. Tenunan Pahang menggunakan alat yang dikenali sebagai kei siam. Kedua-dua benang sutera dan benang kapas boleh digunakan. Motif utama ialah petak-petak dan jalur tegak atau melintang.
Tenunan Rungus
Kain yang ditenun secara tradisional ini diusahakan oleh kaum Rungus yang mendiami daerah Kudat, Sabah. Tenunan Rungus menggunakan benang kapas. Proses menenun kain Rungus ini serupa dengan proses menenun kain dastar dan kain pua. Alat tenunan dipanggil kek sandang belakang untuk menenun dastar dan disebut ‘babaal’ dalam bahasa Rungus. Warna tradisi kain Rungus ialah hitam, merah, kuning dan putih. Warna kuning dan putih digunakan sebagai warna rekacorak dan jalur. Corak kain ini direka supaya jalur-jalur tersusun mengikut motif yang berlainan. Motif tenunan Rungus berunsurkan bentuk binatang, manusia, senjata dan tumbuh-tumbuhan.
Tenunan benang kapas
Tenunan ini adalah tenunan biasa termasuk dalam kelompok tekstil sederhana iaitu jenis awal yang ditemui di wilayah budaya tekstil Melayu pesisir. Tekstil ini khususnya yang diperbuat daripada kapas dipakai oleh kalangan rakyat biasa. Tenunan biasa berhias corak hasil jalinan tenun benang pakan dan loseng berwarna. Pada peringkat ini, tenunan biasa masih di peringkat sederhana iaitu belum lagi diberi motif hiasan. Tenunan bercorak mula memperlihatkan keindahan khususnya apabila benang sutera atau benang emas diselit untuk mengimbangi motif jalur atau garis kecil seperti pada kain hujan emas. Hampir seluruh wilayah budaya tekstil melayu seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Riau-Siak, Sulawesi, Minangkabau, Palembang menghasilkan tenunan biasa atau tenunan becorak yang seperti ini.
Tenunan Pua
Tenunan Pua diusahakan oleh kaum Iban di Sarawak. Alat tenunan tradisional ini dinamakan kei tumpah. Alat ini biasanya tersimpan di beranda rumah panjang. Semasa menenun, alat ini diikatkan pada tiang rumah dan tenunan diregangkan dengan menyandangkan pada penenun. Tenunan pua dikaitkan dengan cara hidup masyarakat Iban. Kerja menenun itu dilakukan sendiri mengikut adat, penenun mesti akur pada petua dan pantang larang. Misalnya, rekacorak hantu atau roh yang dikenali sebagai ‘engkeramba’ tidak boleh ditenun di pinggir pua. Rekacorak itu mesti ditenun di tengah-tengah pua dan dipagari oleh rekacorak ‘kemerbai’. Jika tidak dilakukan sebegitu, hantu atau roh itu akan terlepas dan mengacau penghuni rumah panjang atau mungkin membawa malapetaka ke atas mereka. Tenunan pua ada pelbagai jenis. Di antaranya ialah pua mata, pua rara dan pua kumbu. Pua kumbu adalah pua yang paling rumit. Cuma penenun yang mahir dan cekap sahaja sanggup untuk menghasilkannya. Manakala, pua mata dan pua rara biasanya ditenun oleh penenun yang kurang mahir atau baru belajar. Kebanyakan corak yang digunakan adalah berunsurkan tumbuh-tumbuhan dan binatang. Motif tenunan dihasilkan daripada teknik ikatan iaitu ikat dan celup. Pewarnan tenunan pua diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan seperti kunyit, pinang dan kulit kayu baku. Warna utama yang digemari adalah merah tua, coklat, kuning dan hitam. Biasanya kain pua yang kasar dijadikan selimut manakala kain pua yang halus dijadikan kain sarung dan jaket untuk dipakai pada majlis-majlis tertentu. Kini, kegunaan kain pua dipelbagaikan seperti hiasan dinding, beg tangan, kulit fail, alas meja dan sebagainya.
Pemilihan subjek matter
Bunga Kantan
Sebahagian besar masyarakat kini mengenali pokok kantan. Lazimnya di kampung-kampung pokok kantan ditanam di halaman rumah yang bertanah lembap. Pokok ini digunakan sebagai bahan perasa di dalam masakan tertentu. Bunga kantan khususnya digunakan dalam masakan asam pedas dan juga laksa. Malah ada juga di kalangan kita menggunakan pokok ini sebagai pewangi bagi menghilangkan hanyir ikan. Bunga kantan dikenali secara saintifik sebagai Phaeomeria imperialis mempunyai batang yang lembut dan berdaun panjang. Urat di tengah daunnya tenggelam. Menurut Ketua Pusat Sumber Genetik Tumbuhan UPM, Mohd. Said Saad, buah kantan adalah dalam bentuk gugusan, bewarna hijau tua dan bertukar warna coklat apabila sudah masak. Apabila buah kantan yang sudah masak, ianya berasa masam. Manakala bunganya pula akan bewarna merah apabila sudah masak. Bunga kantan dikatakan sebagai awet muda jika dimakan secara mentah seperti dibuat ulam ataupun dicampurkan ke dalam masakan tertentu. Di dalam perubatan tradisional, batang pokok kantan ini digunakan untuk menghilangkan bau badan yang mana ia begitu popular di kalangan wanita yang baru lepas bersalin. Batangnya ditumbuk lumat dan direbuskan sehingga mendidih. Kemudiannya air rebusan itu dijadikan air mandian. Selain daripada itu, biji buah kantan juga dikatakan mempunyai khasiat tertentu dalam perubatan herba tradisional. Ia boleh mengurangkan rasa kurang bermaya dan juga selera makan. Bijinya ditumbuk sehingga lumat dan toskan. Kemudian air itu dicampur dngan segelas air suam. Minumlah di waktu pagi dan sebelum tidur di waktu malam.
PERNYATAAN MASALAH
Permasalahan semasa
( Tenunan OFF LOOM )
Teknik COILING
Teknik ini mempunyai 2 jenis iaitu coiling spiral san coiling dandan. Masalah yang timbul apabila coiling ini menggunakan bahan tali parcel yang dimasukkan pada benang loseng yang lembut seperti benang bulu kambing. Benang loseng akan tertarik dan akan menyebabkan ianya ramping. Oleh itu, pemilihan beang loseng perlulah dari jenis yang kuat dan keras bagi mengelakkan masalah sebegini timbul.
PENYESUAIAN TEMA
Tema Bunga Kantan yang dipilih disesuaikan dengan warna yang digunakan. Pelukis menggunakan warna asli bunga kantan dan persekitarannya dalam design yang dipamerkan. Setiap rekaan pelukis menggunakan warna merah seharmoni sebagai warna tetap bunga kantan.
PENYESUAIAN BAHAN DAN TEKNIK
Untuk teknik Coiling jenis coiling spiral, bahan yang sesuai digunakan adalah tali parcel atau tali guni yang mempunyai struktur yang agak keras. Begitu juga dengan benang loseng yang digunakan mestilah kuat seperti tali guni. Ianya akan memperlihatkan lilitan yang cantik dan kemas apabila bahan yang digunakan bersesuaian. Sebaliknya jika bahan yang digunakan adalah berstruktur lembut seperti benang bulu kambing ia sukar mendapatkan hasil lilitan yang kemas. Tetapi untuk teknik Coiling jenis dandan, boleh digunakan benang lembut tetapi benang loseng tetap memerlukan benang yang agak keras dan kuat. Ini akan mengelakkan karya menjadi ‘ramping’. Manakala kelebihan menggunakan benang yang lembut, coiling dandan dapat dihasilkan secara rapat dengan mudah dan kemas.
Untuk teknik Plain weave, apa-apa sahaja bahan boleh digunakan. Jika diperhatikan teknik ini menyerupai seperti anyaman tikar. Boleh digunakan bahan semulajadi seperti daun kelapa misalnya dan yang penting adalah benang loseng haruslah kukuh.
Untuk teknik Tafting pula, bahan yang biasa digunakan adalah benang bulu kambing. Oleh kerana strukturnya lembut, ia dapat menghasilkan karya yang gebu seperti permaidani tebal.
CADANGAN
Konsep dan idea
Projek OFFLOOM ini menggunakan konsep Bunga Kantan. Faktor pemilihan bunga kantan adalah :
Warnanya yang lembut ( pastel ).
Bunganya yang cantik dan unik.
Konsep yang sukar dilihat yang digunakan oleh pengkarya tenunan.
Sesuatu yang luar biasa dijadikan motif.
PROSES KREATIVITI
Menggabungkan elemen-elemen bunga kantan ke dalam design. Di samping menerapkan imej dalaman bunga kantan bagi menghasilkan design yang mempunyai seni yang mujarat (abstrak).
PROSES ARTISTIK
Menghasilkan lakaran atau sketches yang bersahaja. Pelukis menggunakan pan Artline 200 bersaiz 0.4 untuk menghasilkan lakaran. Lakaran yang mempamerkan idea pelukis mempunyai line quality yang jelas dan ternyata idea yang ingin diluahkan tidak terbatas.
PROSES REKAAN
Pelukis menggunakan sebahagian imej bunga kantan dalam design dan kebiasaannya kedudukan imej tidak simetri. Juga dimasukkan imej keratan bunga kantan bagi menampakkan sesuatu yang abstrak.
terima kasih banyak2...akhirnya saya dapat jumpa juga sedikit maklumat berkenaan off-loom ni...
ReplyDelete