LAMAN SENI

My photo
PENSYARAH UNIT SENI VISUAL, IPG KAMPUS IPOH,PERAK. yatie2838_my@yahoo.com

Monday, July 20, 2009

Catan

PERKONGSIAN ILMU....

Assalamualaikum.

Syukur alhamdulillah kerana dengan izin dan limpah kurniaNya saya dianugerahi keberkatan dengan iringan semangat keyakinan dan kekuatan untuk terus menghasilkan Folio ini.
Berdasarkan intipati dari teks sastera dalam Hikayat Umar Umaiyah, saya telah menghimpunkan kesemua maklumat dan diterjemahkan melalui lakaran kreativiti, kemahiran artistik dan rekacipta yang menggabungkan kepelbagaian unsur formalistik supaya menghasilkan suatu karya yang benar-benar dapat menyampaikan maksud yang diharapkan.
Folio ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu kajian literatur, kajian tampak, kajian analitikal, cadangan mengenai konsep dan idea, proses perkembangan kerja serta dokumentasi karya akhir. Besar kemungkinan folio ini tidak memenuhi kehendak sebenar yang sepatutnya perlu ada dalam menghasilkan folio yang terbaik. Walau bagaimanapun, diharapkan ianya dapat memberikan serba sedikit gambaran mengenai susur galur dan rentetan proses penghasilan karya yang telah disempurnakan.
Akhir kata, saya berharap folio ini dapat membantu memperjelaskan lagi segala apa yang telah saya hasilkan sepanjang tempoh kerja yang diperuntukkan. Semoga usaha saya ini dapat menjadi manfaat yang berguna untuk diri sendiri dan rakan-rakan sealiran yang lain.

Setulus, seikhlas dan setinggi terima kasih kepada semua pihak yang terlibat....


A. KAJIAN LITERATUR

A.i Latar Belakang Sejarah

a) Catan

Pada zaman Mesolitik (15000 SM hingga 10000SM) merupakan zaman yang terdapat lukisan-lukisan prasejarah. Lukisan itu menggambarkan kehidupan dan aktiviti harian mereka. Karya-karya mereka pada zaman itu telah mula memperlihatkan corak-corak yang menambahkan lagi kesan kuasa ghaib. Media yang digunakan pada masa itu ialah darah binatang hasil dari pemburuan. Darah tersebut menghasilkan warna merah. Jelaga lemak haiwan pula untuk menghasilkan warna hitam. Manakala biji-biji kuning yang ditumbuk untuk menghasikan warna kuning. Warna hijau pula terdapat daripada tumbuh-tumbuhan.
Begitu juga dengan zaman Neolitik hasil karya mereka hampir serupa yang digunakan oleh manusia zaman Mesolitik iaitu darah untuk menghasilkan warna merah, Manganam oksid, jelaga lemak dan arang untuk mendapatkan warna hitam. Manakala bijian yang dihancurkan dengan batu untuk dicampurkan pula dengan darah haiwan, madu,tumbuh-tumbuhan dan lemak haiwan boleh mendapatkan warna coklat dan jingga.
Pada zaman Renaisans seni catan berkembang pesat. Tokoh-tokoh pada masa itu seperti Leornardo Da Vinci, Rapheal dan Michealangelo merupakan pelukis-pelukis yang tersohor. Pada zaman itu ,subjek yang ditekankan iaitu agama. Ia terus menjadi penting di mana gambaran dan imej yang diilhamkan dari Bible atau cerita agama terus menguasai karya-karya pelukis. Kisah seperti “The Last Super” dan imej “Madonna and Child” merupakan subjek yang paling popular. Walaupun zaman Renaisans berakhir seni catan terus berkembang dengan pelbagai teknik dan teori dilakukan untuk menghasilkan catan yang baik dan berkualiti.

b) Catan Media Campuran
Karya catan ‘mixed media’ atau media campuran dikenali awal abad ke-20 iaitu aliran Kubisme yang dipelopori oleh Pablo Pissaco yang menggunakan bahan selain cat minyak, cat air atau akrilik yang biasanya digunakan untuk karya 2D. Beliau menggunakan potongan kertas atau kolaj untuk menghasilkan catannya yang bertajuk ‘Three Musicians’ antara 1910 hingga 1912.
Media campuran merupakan gabungan kolaj dan assemblaj sebagai teknik menghasilkan karya. Ia mengalihkan kongkongan realistik atau lukisan berupa dalam seni tampak.Karya awal ‘mixed media’ lebih menggunakan material seperti metal, barang kemas dan perhiasan berbanding kini ia terdiri dari gabungan pelbagai bahan. Bagaimana pun penggunaan aspek formalistik tetap sama.
Antara artis yang menggunakan ‘mixed media’ adalah Carlo Crivelli yang menggunakan kayu, kaca dan perhiasan untuk karyanya yang bertajuk St.Peter.Henry Matisse menggunakan cat gouche dan potongan kertas menghasilkan Sorrows Of The King pada 1952; mana kala Rauschenberg menghasilkan Reservoir pada 1961 dengan menggabungkan cat dan paku dalam karyanya.
Walaupun pada peringkat awal abad ke 20, para pengkarya masih berpegang kepada pengertian tradisional seni catan iaitu mereka masih lagi melukis figurative, alam sekitar dan alam benda.
Pertumbuhan pelbagai aliran seperti kubisme, surealisme dan pop art menyebabkan catan tradisional semakin ditinggalkan. Pengabungjalinan aliran ini membentuk aliran untuk membuat catan mixed media. Di dalam catan media campuran teknik yang digunakan banyak kolaj dan asemblaj. Ini dapat dilihat dengan adanya pameran yang terbesar di Museum of Modern Art (New York) yang mempamerkan karya asemblaj yang bertajuk “The Art of Asemblaj” pada tahun 1961 . Pada tahun itu merupakan satu langkah pembaharuan di dalam dunia catan di mana penghasilan karya ini adalah gabungan bahan catan dengan bahan lain. Kebanyakan bahan catan media campuran seperti aluminium, perspek, kaca, lutsinar, kayu, plastik,bahan-bahan buangan dan lain-lain lagi.
Sekumpulan daripada 30 dan 40 pengkarya untuk meneroka semula kebebasan membuat dan menghasilkan catan di mana teknik kolaj dan asemblaj digunakan dan ditekankan. Mereka tidak memutuskan dalam kesinambungan dari kubisme dan surealime.

Artis dari Negara Amerika iaitu Joseph Cornell merupakan contoh membuat dan mencipta penimbang kecil Puisi asemblaj di dalam sebuah kotak. Ini merupakan catan media campuran. Pada awal tahun30-an, beliau merupakan orang yang pertama yang masih berpendirian surelisme di Julien Levy Gallery di New York 1932. Beliau telah mengadakan pameran yang bertajuk “ Minutiae Glass Bells, Shadow Boy, Coup d’Oeil, Jouets Surealistes’.
Kerja Cornell (Plates 109-110) merupakan contoh sempurna titik-titik daripada William C. swseitz di buku perhubungan isu bersama “Art of Asemblaj” menunjukkan secara kias latihan daripada asemblaj mengumpulkan bahan dari aras hubungan formal dari persatuan pensyair menggunakan perkataan dan nombor secara rasmi . Perubahan turut mempengaruhi di dalam lukisan Abstrak Expressionis di mana sesuatu bentuk di dalam sederhana.
Di dalam aliran abstrak expresionis iaitu Alfonso Ossorio merupakan artis Filipina yang telah belajar dan bergaul dengan artis di sekolah New York dan memulakan teknik kolaj yang baru di akhir 50-an. Di dalam karyanya yang kalut pengumpulan daripada pelbagai bentuk dan bahan memperlengkapkan makna daripada kaligrafi rumit satu dijumpai dalam karya Pollock dan mempunyai tujuan yang sama untuk memperbaharui kepekaan seseorang artis. Ramai pengkarya menggunakan teknik asemblaj dalam karya mereka di akhir 50-an dan awal 60-an.

c) Sejarah seni catan media campuran tempatan.
Secara umunya terdapat tiga faktor yang telah mempengaruhi perkembangan seni catan moden di Malaysia iaitu factor pertama penjajahan Inggeris, penghijrahan bangsa dagang dan dtatus pendidikan. Sejarah seni catan moden Malaysia bermula pada awal sekitar 1930-an menrusi karya-karya Abdullah Ariff, Yong Mun Sen dan lain-lain . Stail yang baru dipersembahkan di dalam tradisi visual tempat dengan menggunakan kaedah perintis ini telah memperkenalkan pendekatan kaedah seni catan easel Barat untuk mempersembahkan subjek mereka sebelum ini. Perubahan stail dan konsep karya seni ini merupakan titik peralihan menandakan kelahiran seni lukis moden dengan penghasilan catan mixed media.

Perkembangan catan mixed telah dipelopori oleh ramai artis-artis catan pada tahun 1990-an. Pengolahan catan mixed media yang mencipta simbol-simbol baru yang menghubungkan karya-karya seni moden denga ikongrafi tempatan. Antaranya ialah Choong Kam Kow dan Din Omar yang memetik motif-motif budaya permakanan tempatan sebagai subjek kajian masing-masing. Choong Kam Kow menghasilkan catan yang mengabungkan bentuk kuih tradisi dengan memberi penekanan kepada pembungkusannya yang dapat dianggap simbol kepada konsep kesatuan dalam kebudayaan Malaysia. Ketupat dan Pulut panggang menjadi sebahagian dariapd abentuk yang diketengahkan. Sementara itu , Din Omar pula memindahkan imej dan bentuk nasi bungkus ke permukaan catan serta arcanya bagi mewakili isu-isu budaya tempatan dan antarabangsa. Pendekatannya ini, sebagaimana tercermin dalam ‘Nasi Bungkus:Antara Dua Hidangan” (1991) mirip kepada stail pop Art, khususnya seperti karya-karya Claes Oldenburg. Dengan menggunakan bentuk nasi bungkus , Din telah meperkayakan penggunaan simbol tempatan yang baru dalam dunia catan moden Malaysia.
Dekad 1990-an merupakan titik permulaan catan mixed media di mana ia menyaksikan kemunculan pelukis muda berpotensi dan berbakat besar yang lebih gemar kepada pengolahan mixed media dalam berkarya. Antara mereka iaitu Zulkifli Yusof, Mohd. Khalil Amran, Ahmad Hukri Mohamed, Tan Chin Kuan, Bayu Utomo Radjikin, Din Omar dan Raja Shariman.
Kebanyakan daripada pelukis muda ini menggarap permasalahan sosial menerusi karya-karya mereka. Zulkifli Yusof sebagai contohnya mengutamakan isu perpecahan kaum menrusi buah-buah catur yang menjadi kiasan kepada percaturan dan perbuatan kuasa. Manakala Tan Chin Kuan pula membicarakan isu-isu sosial menerusi imej-imej suasana negatif. Suatu trend dan fenomena baru bagi pelukis-pelukis muda ini ialah dari segi penghasilan karya-karya yang berukuran besar. Tidak dinafikan bahawa karya-karya mereka berukuran besar lazimnya mempunyai kesan yang kuat ke atas penontonnya. Itulah perkembangan catan mixed media.


d) Kajian Teori Yang Berkaitan
Di dalam catan mixed media para pengkarya mencipta simbol-simbol baru untuk menghubungkan karya-karya seni moden dengan ikonografi tempatan. Mereka menggunakan dan memetik motif-motif budaya setempat sebagai kajian mereka untuk mendapatkan idea atau untuk mengupaskan isu-isu yang akan diketengahkan oleh mereka. Contohnya seperti Choong Kam Kow dan Din Omar yang memetik motif-motif budaya permakanan tempatan sebagai Subjek kajian. Choong Kam Kow menghasilkan catan-catan yang menggabungkan bentuk kuih tradisi, dengan memberi penekanan kepada pembungkusannya yang dapat dianggap sebagai simbol kepada pembungkusannya yang dapat dianggap sebagai simbol kepada konsep kesatuan dalam kebudayaan Malaysia. Sebilangan pengkarya mixed media karya mereka bertunjangkan seni Barat yang kelihatan seperti ekpresionisme dan surealisme contohnya karya oleh Tan Chin Kuan di dalam karya “Tragic of Blue Night” (1991).


e) Jenis Bahan
Bahan-bahan yang digunakan biasanya pelbagai bahan yang boleh digunakan di dalam catan mixed media seperti alumunium, prospek, kaca lutsinar , kayu, plastik, bahan-bahan buangan dan lain-lain lagi. Bahan tadi digunakan oleh pengkarya untuk mengolahkan karya-karya mereka . Contohnya karya Zulkifli Yusof sebagai contohnya mengutamakan isu perpecahan kaum menerusi buah-buah catur. Kebanyakan karya Zukifli Yusof bahan-bahannya mixed media.

e.i) Apa Itu Bahan ( Material)
Bahan adalah sesuatu objek yang dikenali samada dari segi rupa dan bentuk atau yang menjalani pembuatan prosesnya. Di dalam seni bahan campuran, samada sesuatu bahan itu telah menjalani proses atau masih kepada pengekalan identitinya tertakluk kepada bagaimana pengkarya itu berkarya.
Sejajar dengan kemajuan, pengkarya telah memproses sesuatu bahan itu sebagai contoh menggunakan plaster, woodfiler, serbuk kayu, gam, plastik, elemen semulajadi dan sebagainya sehinggalah kepada bahan-bahan terbuang dan persekitaran untuk menghasilkan seni mereka. Hasil dari proses artis itulah wujudnya karya berbentuk bahan campuran.
Di sini terdapat beberapa bahan yang telah diklasifikasikan.Bahan itu ialah seperti bahan yang berbentuk elemen fizikal, dimana dalam proses pengkaryaan, sebarang medium diperlukan sebagai alat penyokong seperti air, minyak atau berbentuk ‘chemical’ ataupun masih mengekalkan rupa dan ciri-cirinya.
Bahan-bahan boleh dikategorikan kepada beberapa kategori seperti :
i. Bahan pepejal -seperti batu, limestone atau marble.
ii.Bahan Organik -seperti kayu atau 'earth object'.
iii.Bahan Industri -seperti besi, tembaga, perak, proses dari mesin atau jentera,
Syntetic seperti bahan tiruan,plastik, glass, prospect bersifat lutsinar.
iv.Bahan Hybrid -yang terhasil dari percampuran antara satu sama lain.
v. Bahan Chemical -seperti bahan mengandungi asid, pencampuran dari
koleksi lab.

e.ii) Cara Memilih Bahan

Dalam pemilihan bahan itu terdapat dua kategori iaitu :
i- Fugivite : penghasilannya menerusi terus keatas permukaan atau karya. Selalunya bahan ini tidak dapat bertahan lama, dimana nilainya senang jatuh. Ini bermaksud pengkarya tidak mendalami lagi sesuatu sifat bahan dari segi ketahanan.
ii- Permenant : Selalunya hasilan ini berbentuk lebih tahan dari segi masa, pembuatannya mengambil kira ke atas aspek nilai yang tinggi dan menjalani pemerosesan yang berkesan. Pengkarya yang sebegini selalunya menjalani ujikaji terhadap bahan sebelum memasukkannya ke dalam karya. Di dalam pembentukan sesuatu bahan itu samada dalam bentuk 'man made', ‘ready made' atau, 'natural object' terdapat sifatnya yang tersendiri mengenai jalinannya.
Bila melihat kepada 'texture' berbentuk 'visual' ianya hasil dari pertukangan tangan atau pembuatan dari pengkarya dengan corak atau dekoratif. Melalui kesan yang wujud secara spontan melahirkan jalinan yang tidak disengajakan melalui kesan pembentukan tampak atau gerakbalas pengkarya. Ianya juga boleh dihasilkan melalui alat mekanikal seperti silkscreen, komputer grafik atau foto dan berkaitan dengan seni ini. Bentukan yang terhasil juga boleh dikenalpasti sebagai yang berbentuk 'textile texture'. Ianya terhasil dari bahan semulajadi (earth) seperti daun, kayu, ranting, pasir atau perlakuan oleh seseorang itu seperti menganyam, mengikat manik dan sebagainya. Bila memperbincangkan penghasilan karya sebegini selalunya pengkarya memanfaatkan kepada apa yang telah ada dari bentukan asalnya. Pengkarya juga mendapat jalinan melalui pengubahsuaian dari kreativitinya sendiri melalui proses geraklaku atau penyudahan terhadap sesuatu bahan itu tidak kira apa jua yang difikirkan sesuai. Penyusunan terhadap sesuatu penyusunan atau perletakan juga akan mendatangkan hasil dari pembuatan 'textile texture' ini.
Apabila memperkatakan memgenai bahan campuran, tidak dapat dinafikan kekuatan bahan yang telah menjadi satu tradisi lama dalam pembuatan karya. Warna khususnya yang terhasil dari alam semulajadi, proses dari industri seperti cat minyak, arkrylik atau tempera. Semuanya ini adalah bahan. Dari sini jelaslah bahan itu terdiri dari berbagai-bagai elemen dan komponennya yang tersendiri. Dalam mendefinisikannya telah kelihatan ianya bersifat universal. Terpulanglah pengkarya untuk menghasilkannya.

A.ii PENGOLAHAN BAHAN DALAM TEKNIK BERKARYA

Terdapat berbagai cara yang boleh digunakan untuk menjadikan sesuatu karya itu menjadi bahan campuran. Dalam pemilihan bahan-bahan tersebut seseorang artis itu perlulah tahu jenis dan teknik yang dikehendakinya. Pengetahuan tentang nilai bahan-bahan dan caranya mungkin didapati samada dipelajari dari buku ataupun melalui sendiri pengalaman menghasilkan sesuatu yang baru.
Kekuatan sesuatu bahan itu juga perlu diketahui oleh pengkarya itu bagi memastikan samada ianya mempunyai ketahanan yang kuat ataupun lemah . Di sini terdapat sedikit sejarah bagaimana permulaan dan beberapa teknik yang selalu digunakan di dalam menghasilkan sesebuah karya.
Teknik tersebut ialah college,yang merupakan permulaan kepada kesemua teknik yang hadir selepasnya.Berikutan itu lahirlah seperti teknik-teknik seperti Assemblage, Combine Painting, Fibric, Fumage, Brulage, Decoupage, Affiches Laceres, Dechirage, Froissage, Frottage dan bermacam-macam lagi. Disini,kajian tentang media campuran ini hanya menitikberatkan terhadap beberapa pengolahan sahaja.

A.ii.i Collage
Collage (kolaj) ialah di mana dapat ditafsirkan sebagai satu permulaan seni catan moden yang menggunakan bahan-bahan yang berbentuk kertas yang terkenal di dalam karya Pablo Picasso. Papier de college ini telah mula digunakan dan telah mula menjadi satu seni yang baru. Dari tahun 1906-1914 merupakan satu era di dalam seni dengan adanya karya-karya yang membezakan dari segi pengolahan yang tidak tunduk kepada tradisi. Ia merupakan satu era yang penting di mana ia merupakan zaman era moden yang memisahkan di antara yang lama dan baru. Picasso dan Braque merupakan pengkarya yang disebut-sebut sebagai pembawa kepada perubahan ini. Selepas Cezanne mengenengahkan konsep 'Construction' terhadap 'nature' dengan meletakkan bentuk-bentuk kon, bulat segi empat dan segi tiga sebagai mewakili nature iaitu menganggap apa yang dilihat kepada nature ini boleh dibentukkan sebagai satu keadaan bergeometrik, sebagai contohnya pokok menjadi kon, rumah menjadi segi empat.
Bagaimanapun Picasso dan Braque pula mendapati ia adalah sebagai satu jalan pembentukan 'collage'. Mereka kemudiannya membuat eksprementasi yang dikenali sebagai 'Analytic Cubism' iaitu gagasan dari Cezanne, yang kemudiannya dimasukkan pula keratan akhbar, tiket, urat-urat kayu dan berbagai lagi kesan jalinan di dalam karya mereka. Mereka memasukkan sesuatu 'form' itu tanpa mengubah akan bentuk asalnya dan kekal sebagai bentuk dan rupa sendiri.
Picasso menjelaskan bagaimana ia bermula dengan kolaj ini sebagai, " It was a small painting, a still life serrounded by an oral form made rope, that for the first time introduced as a tangble element a small piece of oil cloth resembling chair canning".Ia menambah lagi, " there is no such thing as any material being worthing or unworthy as a mean of creative expression, as long the artist in fuses it with creative feeling". Jadi collage ini adalah sebagai satu permulaan dalam seni catan moden akibat perasaan ingin tahu para pelukis di dalam mencari sesuatu yang baru. Imej-imej yang dilekatkan itu masih lagi menunjukkan akan sifat-sifat asal mereka.
Selalunya kolaj ini hanya menggunakan satu lapisan atau nipis seperti keratan akhbar, tiket dan sebagainya. Kadangkala kewujudan mereka hanya melalui tampakan mata dan mendatar. Permukaan yang selalu dikolaj itu kebanyakannya masih bersifat 2D.

A.ii.ii Assemblage
Tidak seperti kolaj, ianya lebih 'berbentuk' dan 'bersifat' kepada kualiti relief. Penyusunan dari welding besi, gum antara permukaan, objek yang dijumpai (sebagai contoh ) telah dimasukkan bersama menjadi satu karya.
Artis seperti Schwitters, Merz dan Dubuffets telah memulakan karya-karya yang berbentuk Assemblage. Sebagai contoh mereka mengambil bahan-bahan yang terbuang dan tidak dipakai diambil dan di simpan yang kemudiannya di 'kompos' kembali menjadi satu karya. Sebagai contoh seperti akhbar, stamp, tali, kayu, besi, plastik, ( Sekadar menyebut beberapa bahan ) yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu.
Pembuatannya oleh Charlotte Weilder, "He spread flour and water over the paper, then moved and shulted and manipulated his scraps of paper around in the paint while the paper was wet. With his finger tips he worked little piece of crumpled paper into the wet surface;also spread tints of water colour or gouches around to get variation in shadings of tone".Manakala kepada Max Ernst pula ialah kepada eksplorasi,
" the fortuitous ecounter upon a non suitable plane of two mutually distant realities".
Menghampiri kepada seni ialah ia berbentuk cembung dan lebih kepada eksplorasi teknikal dan keputusan yang lebih tegas terhadap pengalaman seseorang itu. Assemblage ini ialah turutan kepada perkembangan collage yang telah dimajukan dalam seni dengan penambahan-penambahan dan penerokaan baru dengan menjadikan sesuatu catan itu lebih kepada relief. Menggunakan bahan-bahan yang dikutip atau jumpa yang kemudiannya di kompos'kan kembali.

A.ii.iii Combine Painting
Seni ini telah diasaskan oleh dua orang pelukis Barat iaitu Robert Rauschenberg dan Jasper Johns.Ianya adalah lanjutan dari seni yang telah dibawa oleh golongan 'Dada'. Mereka ini termasuk di dalam 'Pop Art' dan lebih dikenali sebagai 'Neo-dada'. Seni ini memperlihatkan akan pertemuan dan percantuman antara seni 2D dan 3D. Seni yang telah dibawa oleh golongan dadaisme juga berkemunculan seperti ini tetapi masih lagi berbentuk relatif tetapi seni kombinasi ini telah terkeluar dari peraturan catan secara total.
Rauschenberg secara berani telah memaparkan seni sebegini dalam 'Canyon' di mana ia memasukkan objek-objek persekitaran yang lebih berbentuk seperti burung dan bantal. Begitu juga dengan karyanya'First landing Jump', dengan menggunakan tayar kayu berserta objek lain. Begitu juga karya-karya oleh Jasper Johns dalam siri 'Target' nya. Tetapi melalui pengkaryaan oleh Jasper John ini, kebanyakan karyanya lebih mementingkan teknikal seperti 'casting'.
Seni ini yang bersekitaran permulaannya di tahun 50an telah berkembang hinggalah ke masakini. Objek dari persekitaran samada dari 'man-made' mahupun 'natural object' dikombinasikan sekali meliputi seni yang tak terbatas.
Kesimpulannya, seni 'combine' ini telah hadir setelah penerokaan oleh golongan Kubisme, Dadaisme yang seterusnya memperluaskan seni berbentuk 'Collage' sehinggalah ke seni Kontemporari.
Selain daripada kelahiran golongan yang mengamalkan seni campuran ini, perkara yang berkaitan dengan teknikal juga penting di dalam pembuatannya. Terdapat beberapa \teknikm dan keberkesanannya sewaktu menjalani proses.

A.ii.iv Fabric
Fabrik telah di gunakan sejak lama lagi iaitu seperti juga penggunaan kertas. Dalam seni tradisional, fabrik telah digunakan untuk membuat pakaian. Manik-manik, jerami yang disulam dan dijadikan pakaian dan perhiasan. Penggunaan ini kemudiannya digunakan pula ke dalam seni semasa. Ianya kemudian telah di kombinasikan dengan beberapa bahan lain dan dijadikan karyanya. Terdapat juga seni ini menggunakan kanvas, benang disulam, tali sutera sacking dan simen.
Mengapakah seni ini turut diberi keutamaan di dalam seni dan sesetengah artis menggunakannya. Patricia Douthwaite menegaskan,
"I started doing collage when I became fed up with the slippery, sliminess of paint…. painting picture each day and wiping them out each night …. I finished with a massive pile of paint rags…. mainly muslim baby napkins, covered with beautiful colours…".17
Terdapat beberapa teknik digunakan di dalam seni fabrik ini seperti Knotted and tied, weaving around sticks, weaving a treda mobile, design from string and nail dan feather.

A.iii Lain-Lain Pengolahan
Setelah melihat kepada empat pengolahan yang terbesar maka dari situ terdapatnya beberapa pengolahan selain dari yang di atas. Contohnya seperti Fumage, Brulage, Decoupage, Dechirage, Froissage dan Frottage. Di bawah ini diberikan ringkasan secara umum mengenai teknik dan kesan yang terhasil dari pemerosesannya.

A.iv Jenis Subjek
Motif yang digunakan motif –motif abstrak contohnya motif yang digunakan oleh Zukifli Yusof motif tangga bagi menterjemahkan suasana literasi kebangsaan. Manakala Tan Chin Kuan juga banyak membicarakan isu-isu sosial menerusi imej-imej suasana negatif. Suatu trend dan fenomena baru bagi pelukis muda seperti ini. Motif bentuk nasi bungkus, Din telah memperkayakan penggunaan simbol tempatan yang baru dalam dunia catan moden Malayisa. Penggunaan imej serta pembungkusan makanan tempatan terdahulu daripada ini dapat dihayati dalam karya-karya Hashim Hassan menggunakan motif ketupat di dalam pengolahan semiabstrak bagi mencerminkan semangat kesatuan menerusi motif-motif anyaman.


B. KAJIAN TAMPAK

B.i Rujukan Karya Dan Artis

Din Omar
Kepelbagaian

Beliau merupakan salah seorang pelukis Malaysia yang menonjol dan bersifat inovatif dalam mengemukan simbol dalam karya media campuran. Dalam karyanya, persoalan gaya tidak terbatas dalam lingkaran permasalahan bentuk, tetapi meliputi aspek makna seperti tema dan subjek, sama ada secara representasi mahupun perlambangan. Karya media campuran Din Omar yang bertajuk ‘Kepelbagaian’ ini pernah dianugerahkan hadiah kecil dalam pertandingan seni lukis Bakat Muda Sezaman anjuran Balai Seni Lukis Negara pada tahun 1990. Dalam karya ini, Din Omar mengungkap kesatuan hidup masyarakat majmuk Malaysia menerusi imej nasi bungkus yang menjadi simbol yang memusnahkan perbezaan bangsa dan warna kulit. Nasi bungkus bersifat keMalaysiaan, diterima dan digemari oleh berbilang bangsa. Apa yang menarik dalam karya ini , beliau mengambil suatu perkara yang lumrah dalam kehidupan lalu dipersembahkan dalam bentuk kesenian. Subjek Din Omar adalah berkaitan dengan objek budaya pemakanan seperti nasi bungkus, pinggan mangkuk, sudu garpu dan cawan. Apa yang paling nyata menonjol ialah imej dan bentuk nasi bungkus yang diolah sama ada secara papar ataupun dalam bentuk 3 dimensi. Usaha Din mengungkap mesej budaya dan kemasyarakatan pastinya berbeza daripada kencenderungan kebanyakan pelukis catan alam benda yang turut menampilkan objek budaya pemakanan, tetapi hanya berminat pada nilai keindahan yang tersurat semata-mata. "Kepelbagaian" serta karya lain daripada siri nasi bungkus itu cukup menarik dan menyegarkan, mencerminkan sensitiviti pelukis terhadap unsur biasa dalam persekitaran mereka yang dapat digarap sebagai simbol budaya. Pendekatan Din Omar dalam karya ‘kepelbagaian’ ini mungkin bertalian dengan seni popular, tetapi pemilihan motif dan subjeknya bersifat tempatan. Pemindahan imej dan bentuk nasi bungkus ke permukaan catan serta arcanya memperkaya penggunaan simbol tempatan yang baru dalam dunia seni moden Malaysia di samping mengetengahkan isu-isu budaya tempatan.


Mohd Fauzin Mustafa
The Lost Horizon


Mohd Fauzin Mustafa antara pelukis Malaysia yang gemar menggunakan media campuran dalam berkarya. Karya-karya beliau banyak merujuk kepada alam sebagai subjek dan sumber inspirasi yang kaya. ‘The Lost Horizon’ merupakan antara karya beliau yang terkenal. Dalam karya ini beliau menggunakan pelbagai campuran mediaseperti perca, kepingan timah, emas, kolaj dan akrilik. Tema yang cuba ditonjolkan
oleh beliau dalam karya ini merujuk kepada alam flora dan fauna sebagai motif ukiran kayu dan batik. Motif pucuk rebung dan awan larat mengandungi makna simbolik yang kuat tentang peribadi dan kesopanan Melayu iaitu satu bangsa yang menghormati pemimpin serta tunduk kepada suruhan Tuhan. ‘The Lost Horizon’ mempamerkan beberapa perbezaan dari segi pendekatan, pengolahan bentuk rakaman, dan terjemahan bahasa visual. Ini menjadikan karya beliau ini berbeza dengan pelukis lain. Karya Mohd Fauzin ini terbentuk menerusi pengolahan yang tidak mengongkong dan menyarankan alternatif baru terhadap eksploitasi media dan bahan. Pelbagai mdia campuran yang digunakan berjaya mengungkap kemungkinan yang mencabar dalam proses berkarya. Beliau menggunakan ciri semula jadi bahannya dengan sebaik mungkin bagi mewujudkan kesan yang diidamkan. Warna perca yang sememangnya sudah menyerupai alam semula jadi dengan corak bebunga diperelok menerusi sentuhan dan campuran bahan yang lain. Hasilnya, kesan yang padu dapat dihayati dalam imej yang yang lebih menyerupai lanskap dan struktur bumi. Media-media ang digunakan berjaya menyerlahkan simbol yang merujuk kepada budaya tempatan. Tema dalam ‘The Lost Horizon’ merupakan satu penghayatan dan penghargaan pelukis kepada alam ciptaan Tuhan. Karya ini melukiskan rakaman penghayatan beliau yang bersifat luaran dan dalaman. Menurut Mohd Fauzin sendiri, alam perlu dihayati zahir dan batinnya iaitu segala yang tersurat dan yang tersirat. Melalui penghayatan terhadap alam, akan mendorong kita mengenali kebesaran Tuhan.

Alias Yusoff
The Fest 1

Pelbagai tema, pendekatan dan unsur formalistik digunakan oleh para pelukis di
Malaysia dalam menghasilkan karya mereka. Setiap karya yang dihasilkan mempunyai
kekuatan yang tersendiri menjadikan karya meraka itu unik dan berbeza dan mempunyai
identiti yang tersendiri. Dalam karya Alias Yussof bertajuk ‘The Fest 1’ terserlah dalam
penggabungan ciri-ciri formal yang disusun dengan unik dan menimbulkan kesan. Unsur-unsur rekaan seperti garis, bentuk, jalinan, warna dan rupa dihasilkan menerusi sensitiviti, melambangkan keperihatinan beliau terhadap agama, alam sekeliling, masyarakat dan budaya. Karya ini mengetengahkan kaedah penerokaan permukaan catan dengan memberi perhatian kepada komposisi dan dan permasalahan teknikal. Gagasan bahawa setiap sesuatu berhubung dan dihubungkan dengan sesuatu yang lain dalam alam ini menjadi titik tolak karya beliau. Di samping mencari perhubungan dan kesatuan pelbagai bahan, beliau cuba membentuk komposisi yang harmonis dalam karyanya menerusi percaturan dan perhubungan satah, bentuk, rupa, warna serta garisan. Unsur-unsur harmoni dan kontras dalam ciri formal seni lukis diolah dengan sebaik mungkin untuk menghasilkan komposisi catan yang menarik dan mengukuhkan struktur yang tersirat. Di samping menyarankan aspek penerokaan bahan dan permukaan, karya Alias memperlihatkan sikap ketelitian dan disiplin yang tinggi dalam proses komposisi. Komposisi catan yang seperti ini tidak terbentuk secara kebetulan, tetapi memerlukan perancangan yang konstruktif dan teratur. Unsur-unsur keseimbangan dan pergerakan serta kadar bandingan umpamanya dikaji dengan teliti. Ini agak berbeza dengan karya abstrak ekpresionisme yang banyak bersandar pada unsur kespontanan dalam proses berkarya. Karya ini bukan sahaja mendukung kuat pendekatan formal yang berkaitan dengan bahan dan permukaan, tetapi juga turut menyarankan makna yang tersirat tentang perkembangan tamadun yang berlainan zaman serta konsep keharmonian alam.

Ruzaika Omer Basaree
1981
Sri Dungun
Media Campuran

Karya ini menggabungkan motif seni bina ukiran Melayu tradisi dalam catan-catannya yang juga bersifat kearcaan. Pendekatannya telah memperluaskan pengertian catan yang lazimnya ditakrifkan sebagai aturan warna di atas permukaan dua dimensi semata-mata kepada karya yang bersifat tiga dimensi.
Pelukis mendalami nilai-nilai estetika Islam dan menterjemahkan kefahamannya itu menerusi karya-karya yang selama ini dirujuk oleh pelukis yang memiliki makna tersirat yang berkaitan dengan Islam. Kedua-dua konsep yang terjelma dalam kesenian tradisi seperti seni ukiran kayu dan seni bina Melayu tradisi seterusnya meletakkan kesenian yang berkontekskan galeri seni.
Pendekatan seperti ini sebenarnya berupaya mengetengahkan kesenian-kesenian tradisi itu sebelum memindahkannya dalam pengolahan yang baru. Ketidakfahaman terhadap makna asas serta prinsip-prinsip yang tersurat hanya akan merosakkan keindahan dan ketulenan seni tradisi apabila ia diucapkan dalam bahasa visual yang baru.
Dalam karya di atas menggunakan bahan berupa kayu dan arkalik dimana kayu yang digunakan untuk membentuk daun pintu dan ukiran diwarnakan dengan arkalik.
Pelukis menggunakan warna yang lembut dan kombinasi warnanya yang menunjukkan gambaran warna sewarna menyebabkan hasil ini nampak menarik dan teratur. Warna yang lebih gelap digunakan dibahgian tepinya un tuk menunjukkan pemidang pada hasil karya ini. Ia juga dapat menimbulkan bentuk 3 dimensi yang hendak di utarakan.
Selain dari itu pelukis dapat menunjukkan ukiran yang mempunyai ukuran semetri dimana ukuran setiap ukiran adalah sama dan seimbang. Daun pintu juga mempunyai ukuran semetri dimana daun pintu itu itu boleh dibuka. Ciri-ciri tradisi melayu dapat ditonjolkan pada karya beliau.



Louise Nevelson
1962
American Dawn
Media Campuran

Karya assemblage yang bertajuk “American Dawn” dihasilkan oleh arcawan Louise Nevelson pada tahun 1962. Tema karya ini berkaitan dengan kehidupan Amerika / sosial budaya di Amerika.
Material yang digunakan untuk menghasilkan karya ini termasuk pelbagai jenis kayu dan penggunaan cat yang minimum.
Dari aspek formalistik, didapati tindanan kayu atau susunan kayu telah memberi kesan pergerakan yang dinamik. Contohnya reka letak kayu di bahagian tengah disusun dari rendah ke tinggi dan antara setiap unit kecil juga terdapat pergerakan yang ketara di mana kayu di susun secara horizontal dan vertikal.
Objek yang terdapat di tengah-tengah karya ini dianggap sebagai penegasan bagi keseluruhan komposisi, kerana ia terletak di titik tumpuan audien. Penggunaan warna yang berbeza di sebahagian unit kecil juga berfungsi sebagai penegasan.
Seniman telah menggunakan warna yang minimum dan ia dapat dibuktikan di sebahagian kecil karya tersebut. Warna yang dipilih (grey) juga merupakan warna yang lembut. Seniman cuba mengekalkan warna asal kayu dan ini telah memberi kesan harmoni.
Karya ini telah mewujudkan satu ruang realiti. Sebahagian daripada karya tersebut lekat pada dinding , keadaan ini menyebabkan objek tersebut kelihatan bersaiz kecil. Kadar banding antara unit belakang dan depan telah mewujudkan satu perspektif yang menuju ke dalam.
Berdasrkan gambar yang dikaji, unsur jalinan sentuh jelas dilihat tetapi jalinan kayu (urat kayu) tidak kelihatan kerana tidak dikaji secara dekat.
Rupa organik dan geometri digabungkan dalam karya ini. Kontra pertentangan dan gabungan antara dua unsur ini telah memberi konsep kesatuan kepada karya tersebut.


Hamidi Ahmad Basaar
1991
Bas Mini
Media Campuran

Karya ini merupakan karya mixed media yang menggunakan cat minyak dan bentuk
kadbod relief yang dikompos bersama dengan karya atas panel.Isu kesesakan di kota
menjadi tema kajian pengkarya.


Cornell Joseph
1943
Pharmacy
Media Campuran

Cornell menggunakan barang-barang terbuang untuk dikompos menjadi karya beliau.
Botol-botol diisi dengan pelbagai jenis bahan memberi gambaran farmasi.


Cornell, Joseph
1936
Soap Bubble Set
Media Campuran

Joseph menggunakan bahan terbuang atau “waste material” seperti kulit telur, bekas-bekas sabun dan gambar globe untuk dikompos menjadi karya.


Artis antarabangsa iaitu pelukis wanita dari Argentina Luciana Abait dengan karyanya ‘Hong Kong Windows’(2000)
http://www.artnutASIA.htm



Maslin Md Ramly
2000
‘Fly Away My Cakubor’
91.5 X 91.5 cm.

Rujukan : Anugerah Seni lukis Malaysia&Asean Art Awaeds 2003 Philipmorris


Syed Alwi Syed Abu Bakar
2000
‘What Is This .... Teacher?
86 x 86 cm
Media Campuran

Rujukan :Anugerah Seni Lukis Malaysia Asean Art Awards 2003 Philipmorris



Gan Sian Wei
2000
Win Search Of Identity
106 x 106 cm
Media Campuran

Rujukan : Anugerah Seni Lukis Malaysia Asean Art Awards 2003 Philipmorris


Karya rujukan bertajuk ‘Mata Duitan’ yang dihasilkan oleh En. Shamsu Mohamad. ‘Mata Duitan’ adalah daripada media campuran iaitu porselin, duit syiling, ‘resin’ dan ‘glaze’. Karya ini berukuran 60.7 x 79.9 cm

RUJUKAN: :Anugerah Seni Lukis Malaysia Asean Art Awards 2003 Philipmorris


Din Omar
1991
“Nasi Bungkus : Antara Dua Hidangan”
Media Campuran
214 x 107 cm



Tan Chin Kuan
1989
Blue Night II
Media Campuran




Noor Azizan Rahman Paiman
1993
Coming Back From North Island Series V
Media Campuran


Mohd Azhar b. Abd. Manan
“Sarawak-September ’89 : Documentation VI”
Media Campuran
308 x 556 cm




Ahmad Shukri Mohamed
1992
“Cabinet Series”
Media Campuran
183 x 183 cm




Tan Chin Kuan
1991
“Tragic of Blue Night”
Media Campuran
450 x 300 cm




Thay Tzyh Haur
“If You Are Him”
Oil on recycled paper
95cm x 95 cm



Zulkifli Yusof
Untitled 1
Media campuran
1988



C. PENYATAAN MASALAH / ISU

C.i Permasalahan Semasa dari Intipati Teks Hikayat Umar Umaiyah

Dalam Hikayat Umar Umaiyah (HUU), menceritakan tentang kehidupan masyarakat zaman jahiliah iaitu sebelum kedatangan Islam di Tanah Arab. Dalam HUU ini ia mengisahkan seorang anak jati Kota Mekah yang mengembara mencari pengalaman hidup di rantau orang. Namun apa yang jelas ditonjolkan dalam hikayat ini ialah semangat mempertahankan kedaulatan tanah air yang dipaparkan melalaui watak utama (Umar Umaiyah) yang sentiasa membela dan menunjukkan kelebihan dan kehebatan tanah kelahirannya kepada masyarakat luar. Ini jelas apabila Umar enggan mengiktiraf kaabah Yaman yang dibina oleh Raja Abrahah hinggakan beliau sanggup memusnahkan kaabah tersebut dan mengotorinya dengan najis.
Begitu juga dengan masyarakat Mekah yang sanggup bergadai nyawa dan tinggalkan segala kemegahan, anak isteri, kekayaan dan sebagainya semata-mata mahu mempertahankan kota Mekah dari serangan tentera musuh. Dalam HUU ini juga ditonjolkan pelbagai peringkat lapisan masyarakat sanggup bekerja sama membantu mempertahankan tanah kelahiran mereka walaupun kebanyakkannya tidak tahu teknik berperang mahupun menunggang kuda. Namun, semangat serta kasih sayang terhadap tanah air, maka mereka sanggup menentang dan mempertahankannya walaupun dengan mempertaruhkan nyawa mereka sendiri.



C.ii Tema
Tema yang dapat saya ketengahkan melalui hikayat ini adalah “MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN TANAH AIR DAN PENGARUHNYA”.
Mempertahankan bermaksud melindungi serta mengawal tanah air dari sebarang ancaman, pencerobohan , penaklukan dan serangan oleh pihak luar yang berniat jahat dan tidak baik. Kedaulatan pula merupakan satu kemuliaan, kesucian dan keagungan yang terdapat dalam sesebuah negara yang mesti dipelihara dan dilindungi. Tanah air merupakan negeri, tempat kelahiran, kawasan jajahan atau juga satu penempatan yang didiami oleh sesuatu masyarakat yang terdiri dari pelbagai lapisan. Pengaruh pula merupakan satu kekuasaan, ideologi, agama, fahaman dan sesuatu yang dapat menunjukkan identiti sesebuah kaum dan masyarakatnya.



D. KAJIAN ANALITIKAL
D.i Peta Minda

MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN TANAH AIR SERTA PENGARUHNYA
MEMELIHARA KESELAMATAN KAABAH
ERATKAN HUBUNGAN DIPLOMATIK
MENENTANG MUSUH
MENYEBARKAN FAHAMAN DAN IDEOLOGI
TEGAKKAN UNDANG2
PERTAHANKAN DARI SERANGAN
HAPUSKAN SAINGAN
TENTANG UNDANG2 ZALIM
TENTERA ABRAHAH
PEMBESAR ZALIM
GURU AGAMA
NASIHAT
PERLAKUAN
TELADAN/ CERITA BAIK
RAJA
PEMBESAR
MASYARAKAT
BANI KALBAN
PEMBESAR QURAISY

PENGHULU
PENDUDUK DUSUN

INDIVIDU
TENTERA BERGAJAH
KAABAH YAMAN
LAKSANA HUKUM
BERPERANG

MEMPERTAHANKAN NEGARA
IKON
PEDANG
PERISAI
KOTA
PAGAR
ASKAR
PAHLAWAN
RAJA
TOMBAK
BELANTAN


D.ii Ikon yang akan digunakan


Pedang
Perisai
Kubu / Kota

Perisai
Pintu Kota
Kuda dan Pahlawan

Raja
Permaisuri
Askar

E. CADANGAN - KONSEP DAN IDEA


E.i. Aspek Praktikal
Lakaran yang mengandungi buah catur.
Buah Catur melambangkan satu sistem pertahanan yang terdiri dari pelbagai peringkat lapisan iaitu raja, permaisuri, menteri, askar dan juga unsur-unsur lain seperti kuda, kota dan sebagainya. Semua ini memainkan peranan masing-masing dalam mempertahankan kawasan atau tanah air yang dikuasainya.

Bentuk-bentuk perisai yang pelbagai digunakan bagi menunjukan tentang isu pertahanan
Kedudukan ikon buah catur yang dalam keadaan statik dan mempunyai unsur-unsur pergerakan.

Karya yang menjadi pilihan. Setelah membuat pelbagai penyesuaian dan penambahan, maka lakaran ini telah diluluskan.


F. PROSES- PERKEMBANGAN KERJA

F.i. Pemilihan bahan dan alatan yang akan digunakan


! Kepingan besi setebal 3 mm.
§ Bentuk bulat. Diameter 40 cm x 4 keping.
§ Bentuk bulat. Diameter 28 cm x 4 keping.

! Mangkuk besi setebal 1 mm.
§ Bentuk bulat dan melengkung. Diameter 7 cm x 4 biji.

! Kayu 2 inci x 2 inci.
§ 2 inci x 2 inci x 100 cm x 6 batang.
§ 2 inci x 2 inci x 190 cm x 5 batang.

! Papan lapis. Setebal 1 inci x 25 cm x 45 cm x 6 keping.

! Skru .10 mm.
§ 10 mm x 4 ½ inci x 20 batang.
§ 10 mm x 2 ½ inci x 24 batang.
§ 10 mm x 2 inci x 26 batang.
§ 10 mm x 1 ½ inci x 12 batang.
§ 10 mm x 1 inci x 48 batang.

! Papan lapis untuk membentuk imej buah catur.

F.ii. Proses Kreativiti

Gambaran saiz, bentuk dan kedudukan bahan dalam karya.

Kepingan besi. Diameter 40 cm
Kepingan besi.
Diameter 28 cm.

Skru 10mm x 2 inci
Skru 10 mm x 4 ½ inci
Skru 10 mm x 1 inci

Papan lapis;
1 inci x 25 cm x 45 cm x 6 keping
Skru 10mm x
1 ½ inci
Skru 10 mm x
2 ½ inci
Kayu 2 inci x 2 inci x 100cm
Kayu 2 inci x 2 inci x 190 cm


Bentuk ikon buah catur yang telah diubah suaikan dengan memasukkan unsur-unsur pergerakan.


INILAH LUKISAN KARYA YANG AKAN DIBUAT NANTI.

F.iii. Proses Artistik


!
Bahagian kayu yang diluakkan / tanggamMemotong kayu 2 inci x 2 inci. Kayu dipotong sepanjang 100 cm sebanyak 6 batang dan 190 cm sebanyak 5 batang. Selepas itu kayu dibuat tanggam supaya berada dalam keadaan lebih kukuh dan stabil apabila dipasangkan. Teknik ini dinamakan teknik tanggam.

Bahagian kayu yang ditanggam. Permukaan kayu di “grinder” supaya menghasilkan kesan jalinan yang ketara.
Bahagian kayu disatukan menggunakan skru supaya lebih kukuh dan menanpakkan kesan kekuatan agar sesuai dengan tema.
Bahagian kayu disapukan dengan pewarna kayu untuk tujuan kekemasan dan menampakkan kesan kekuatan.
Seterusnya saya melakukan kerja-kerja menebuk lubang pada kepingan besi. Saya menggunakan kepingan besi yang telah sedia ada seperti kuali roti jala. Ini memudah dan menjimatkan masa. Tambahan pula saiz dan bentuknya sesuai digunakan dengan karya saya.


1
2
Permukaan besi di”grinder” supaya lebih menampakkan kesan jalinannya.
Kepingan besi ini dilekatkan menggunakan skru supaya kelihatan seperti bentuk perisai yang sebenar.
Terdapat dua lapisan besi. Yang besar di bawah manakala yang kecil di bahagian atas.

Proses memasang kepingan besi di atas panel. Skru digunakan supaya kedudukan setiap kepingan besi renggang sedikit.
Kelihatan bahagian kayu yang di “grinder” untuk mendapatka kesan jalinan yang menarik.

Pandangan sisi kedudukan kepingan besi di atas panel.
Sisi tepi
Sisi atas
Kepingan besi diameter 40 cm
Kepingan besi diameter 28 cm
Mangkuk besi diameter 7 cm

Kedudukan kepingan besi yang telah siap dipasangkan. Bagi memastikan bahagian yang di “grinder” tidak mudah berkarat, spray Clear digunakan.

Proses penghasilan ikon buah catur. Saya menggunakan papan lapis setebal 12mm. Terdapat enam ikon buah catur yang berlainan iaitu, raja, permaisuri, menteri, kota, kuda dan askar.
Menteri

Askar

Kota

Raja

Kuda

Permaisuri

Imej diletakkan di atas papan lapis setebal 25mm. Imej di “grinder” supaya menghasilkan kesan jalinan.
Bahagian papan lapis 1 inci x 25cm x 45 cm di “grinder” dan diwarnakan menggunakan warna “poster Colour”.

Susunan imej catur di atas papan lapis. Setiap kedudukan imej berada pada latar warna yang memberikan maksudnya tersendiri.

Bahagian belakang perisai dimasukkan dengan kepingan papan lapis dan diwarnakan dengan warna kuning. Ini akan memberikan kesan kontra dan imej perisai akan lebih menyerlah

Inilah karya saya yang telah siap sepenuhnya.

G. DOKUMENTASI KARYA AKHIR

G. i. Makna yang terdapat dalam karya


1. PERISAI
Perisai memberi erti satu alat mempertahankan diri apabila berperang. Ia merupakan alat pertahanan diri yang tradisional. Sesuai dikaitkan dengan hikayat yang dikaji. Perisai diletakkan di bahagian kiri dan kanan sebagai “pengawal” kepada isi yang terdapat di dalam karya tersebut. Terdapat di empat penjuru melambangkan empat arah mata angin (Utara, selatan, timur dan barat)

2. IMEJ BUAH CATUR.
Dalam permainan buah catur, terdapat watak seperti raja, Permaisuri, Kota, Askar dan sebagainya yang berperanan sebagai pengawal dalam permainan tersebut. Permainan catur adalah simbolik kepada mempertahankan kekuasaan dan memperluaskan pengaruhnya. Ini bermakna, dalam mempertahankan negara, ia melibatkan pembabitan semua puhak. Setiap individu memainkan peranan masing-masing dalam mempertahankan negara, agama dan pengaruhnya. Ia dilambangkan melalui warna latar imej catur tersebut.

3. PAGAR
Pagar merupakan salah satu ikon yang melambangkan “pelindung”. Ini bermakna jika sesuatu yang dipagar, maka sudah semestinya ia dilindungi dan sangat penting kepada pemiliknya. Pagar ini di masukkan kesan-kesan jalinan yang melambangkan kejerihan, kepayahan dan pahit getir dalam mempertahankan negara sehingga menghasilkan parut-parut dan luka-luka. Ini bermakna, dalam mempertahankan negara, seseorang itu akan berdepan dengan halangan dan rintangan. Di bahagian belakang perisai terdapat warna kuning yang menunjukkan bahawa di dalam hikayat ini, kisahnya berlaku di kawasan gurun yang panas. Jesteru itu warna kuning melambangkan suasana yang panas mewakili kawasan berlakunya peristiwa tersebut.

G.ii Pernyataan Tentang Karya

“PERTAHANAN”
MEDIA CAMPURAN
100 CM X 190 CM
2004


SINOPSIS KARYA

Kedaulatan tanah air dan pengaruhnya adalah sesuatu yang penting dalam membentuk sebuah negara yang berdaulat. Pencabulan dan pencerobohan orang asing yang mahu merosakkan dan menghuru-harakan bangsa haruslah ditentang. Dalam mempertahankan kedaulatan dan memartabatkan pengaruhnya, maka penglibatan dari semua pihak haruslah dititik beratkan. Kewajipan dalam mempertahankan negara bukan hanya terletak pada bahu pemerintah sahaja sebaliknya ia adalah tanggungjawab semua individu. Inilah yang cuba dipaparkan dalam karya “Pertahanan” ini yang mana terdapatnya kesepaduan daripada semua pihak dalam memelihara dan mempertahankan kedaulatan tanah air.
Rujukan

David Britt ( 1999). Modern art impressionisme to post modernism. London: Thames
Hodson Ltd.


Muliyadi Mahamood. ( 2001 ). Seni Lukis Moden Malaysia era pluralis hingga era
Era pluralis (1930 – 1990).Kuala Lumpur:Utusan Publication Distributors.


Muliyadi Mahamood. (1991). A critical Appreciation of Malaysian Art in Relation to
World Art. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Micheal Rush . ( 1999). New Media in Late 20th- Century Art. London: Thames
& Hudson.

Klik pautan berikut untuk muat turun dokume penuh----->CATAN

No comments:

Post a Comment