LAMAN SENI

My photo
PENSYARAH UNIT SENI VISUAL, IPG KAMPUS IPOH,PERAK. yatie2838_my@yahoo.com

Monday, July 20, 2009

Industri Tekstil

Pengenalan.

Industri pembuatan tekstil secara kecil-kecilan terkenal di pantai timur Semenanjung Malaysia. Sememangnya industri tekstil telah lama diamalkan di negara ini. Penubuhan industri tekstil pada peringkat awal lebih menjurus kepada industri desa yang dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan. Antara industri desa yang menghasilkan barangan kraf berasaskan tekstil ialah batik, songket dan seni tekat.
Batik merupakan kraf tangan tradisional yang terkenal di Malaysia. Perkataan batik berasal daripada bahasa Indonesia yang bermaksud ‘pakaian yang mempunyai titik-titik kecil’. Perkataan ‘tik’ bermaksud ‘titik’ yang asalnya daripada bunyi berdetik atau ‘tik-tik’. Ada yang mengatakan bahawa perkataan batik berasal dari Jawa iaitu ‘tritik’ iaitu proses menghasilkan batik.
Kraf tangan ini terkenal kerana batik mempunyai hubungan dengan kegunaan harian orang-orang Melayu misalnya sebagai penggunaan tekstil. Kini seni tekstil ini semakin digemari oleh semua kaum malah digemari juga oleh pelancong-pelancong luar negeri.
Keunikan dan kehalusan seni reka batik telah menyebabkan para penggemar batik sentiasa mengikuti perkembangan kerana coraknya sentiasa berubah-ubah mengikut selera pengguna. Keindahan dan kehalusan seni rekaannya merupakan salah satu cabang kemahiran yang diwarisi rakyat Malaysia khususnya masyarakat Melayu secara turun-temurun.
Industri batik juga banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara kerana sambutan yang menggalakkan bukan sahaja dari pasaran tempatan malah dari luar negara. Memandangkan batik mendapat sambutan yang memberangsangkan, banyak kilang-kilang batik telah didirikan dan diusahakan secara besar-besaran. Hal ini membolehkan batik-batik tempatan dipasarkan di seluruh negara.





















Sejarah perkembangan Batik
Mengikut catatan sejarah, batik dalam bentuk primitif diketahui wujud sejak 2,000 tahun lalu di Parsi dan di Mesir. Di negara China dan Jepun kain bercorak batik mula digunakan sejak abad ke tujuh dan ke lapan lagi. Di Tanah Melayu, batik mula diperkenalkan sejak abad ke 15 Masihi iaitu di zaman pemerintahan Parameswara di Melaka. Pada tahun 1770-an batik pelangi telah diperkenalkan di Kepulauan Melayu. Sejarah batik di Malaysia mula di ketahui pada abad ke 18 apabila Batik Minah Pelangi memulakan perusahaan Batik di Terengganu. Dalam tahun 1911 apabila Haji Che Su bin Haji Ishak memulakan perusahaan Batik di kawasan Lorong Gajah Mati, Kota Bahru Kelantan. Pada masa itu teknik pembuatan batik hanyalah menggunakan teknik ikat dan celup dan dikenali sebagai ‘Batik Pelangi’. Pada masa itu kain di import dari Thailand jenis ‘Kain Pereir’ sementara itu warna dibuat sendiri dengan menggunakan pewarna buah dan kulit kayu. Warna kain batik pelang hanyalah Biru dan hitam sahaja. Pada tahun 1922 Haji Che Su telah mengeluarkan batik yang menggunakan blok kayu. Pada tahun 1926 kemasukan pewarna kimia dari Eropah telah membawa perkembangan Batik. Reka corak batik mula dipengaruhi dengan reka corak Batik Indonesia. Dalam tahun1932 seorang ahli perniagaan dari Terengganu Haji Ali bin Ismail telah bertemu seorang dari tanah Jawa di Singapura dan mempelajari teknik-teknik membuat batik. Di samping itu beliau juga membawa contoh-contoh blok batik yang diperbuat dari kayu ke Terengganu. Dengan menggunakan kepakaran Haji Awang (Bekas pekerja Haji Che Su) telah memulakan teknik-teknik baru menggunakan blok kayu cara Indonesia. Dalam tahun 1936 Haji Ali membawa pulang blok tembaga dari Singapura dengan menggunakan cara baru iaitu menggunakan teknik terapan lilin. Batik stensil dengan menggunakan pemidang skrin dicipta oleh Mohd Yussof & Company dalam tahun 1933. Batik ini mendapat idea apabila En. Mohd Yussof pergi ke Bangkok. Atas tunjuk ajar seorang dari Eropah bernama Dr. Schmidt (Wakil Syarikat Singapura pengeluaran pewarna batik Widsor & Co.) kepada Mohd Yusoff dan Haji Che Su maka batik cetakan Skrin menjadi terkenal di Kelantan. Sehingga ke hari ini perusahaan Batik terus berkembang dengan menggunakan canting yang telah dipopularkan oleh kumpulan pelukis-pelukis muda sekitar tahun 1970-an. Penggunaan canting adalah pengaruh dari batik canting Indonesia kemudian sekumpulan pelukis telah menggunakan tekniknya dalam bentuk teknik melukis. Akhirnya teknik ini menjadi digemari dan menjadi identiti baru dalam seni Batik.
BatikPemakaian batik dalam busana tradisi mempunyai sejarah yang lama berlangsung dari zaman awal tamadun Melayu. Dipakai oleh semua golongan, dari raja ke bangsawan sampai ke rakyat jelata, batik menzahirkan dirinya sebagai seni asli yang praktikal dan popular.
Seni Batik
Seni batik adalah satu kaedah reka bentuk dan pencorakan tekstil yang diasaskan kepada penggunaan lilin dan pewarna. Lilin digunakan sebagai pemisah warna yang dilukis atau diterap ke atas permukaan tekstil. Warna kemudiannya disampaikan kepada tekstil samada dengan kaedah celupan atau menggunakan berus. Seni batik unik dan istimewa kerana tidak ada sehelai batik yang sama dengan yang lain sekalipun menggunakan blok cap dan warna yang sama. Keunikan setiap helai ini tambah terserlah dalam seni batik tulis.
Seni Batik Terap
Batik terap merupakan seni batik asal Terengganu yang mempunyai warisan yang lama. Beberapa catatan sejarah merakam penggunaan batik yang berusia lebih daripada seratus tahun. Batik terap menggunakan teknik cap iaitu aplikasi lilin dengan blok cap dan pewarnaan secara celupan ke dalam pewarna. Kaedah ini digunakan untuk menghasilkan batik sarung dan batik lepas yang popular dalam kegunaan harian. Kaedah celupan hanya memungkinkan warna yang sekata dan datar walaupun terapan dan celupan ulangan boleh dibuat untuk mendapatkan warna akhir yang lebih banyak. Kaedah cap dan celup ini memungkinkan pengeluaran batik yang agak cepat untuk pasaran.
Anatomi sehelai batik
Tidak seperti corak batik kontemprari yang banyak dipengaruhi oleh Batik Jawa [sebahagiannya dicetak di Indonesia tetapi diedar di Terengganu sebagai Batik Terengganu] dan corak yang moden dan bebas, Batik Terengganu yang asli mempunyai anatomi yang tersendiri. Sehelai batik mempunyai bahagian-bahagian corak yang khusus dengan panggilan 'patak' [pantat / dasar], kaki dan sebagainya. Penggunaan corak dan warna juga mempunyai kaitan yang rapat dengan anatomi batik tadi.Batik Terap [dari keping-keping logam ke busana]
Dilihat dari kepingan kain batik yang siap, tidak siapa menyangka yang kisah sehelai batik bermula dari keping-keping logam yang diambil dari tin-tin kosong yang terbuang. Blok cap yang dibuat dari pada keping-keping logam yang dipotong daripada tin-tin yang dibuang inilah yang menentukan corak dan rupa akhir kain batik yang akhirnya dijelmakan pada busana yang indah. Daripada lakaran corak corak batik yang disediakan oleh pereka batik , kepingan-kepingan logam ini dibentuk dan dipateri menurut garis lakaran yang disediakan oleh pereka blok cap. Blok asas ini kemudiannya dilekatkan pada kepingan bingkai papan dan dipasang tangkai. Sepasang [satu set] blok mengandungi beberapa bahagian yang merujuk kepada anatomi kain batik. Penerap kadangkala mengambil bahagian-bahagian berasingan dari sat pasang untuk membentuk corak yang berbeza. Blok yang siap ini sendirinya merupakan satu kerja seni yang halus dan cantik. Dari blok cap ke batik
Blok-blok yang mewakili bahagian yang berbeza pada sehelai kain ini dicelup ke dalam lilin cair dan diterap ke atas kain. Terapan lilin ini menjadi pemisah antara tekstil dan warna. Bergantung kepada warna akhir yang diperlukan pada sehelai batik, terapan dan celupan dibuat berulang-ulang sebelum ianya dicelur, dijemur kering dan dilipat untuk dipasarkan.
Jenis-jenis dan teknik Batik
Batik Blok - Batik yang menggunakan blok logam untuk menghasilkan corak
Batik skrin – Batik yang menggunakan pemidang skrin dan corak dihasilkan melalui leker
Batik tulis – Batik yang menggunakan alat canting dan melilinkan bahagian untuk dibuat corak
Batik pelangi - Batik yang menggunakan kaedah ikat dan celup.

Senarai Motif
Unsur flora
Unsur fauna dan benda
Unsur geometri
Bunga kaca piring
Abor
Banji
Akar-akar menjalar
Ayam jantan
Ceplok
Bunga air mata
Buntut siput
Jalur
Bunga anggerik (orkid)
Burung
Kawang
Bunga kenanga
Jaring ikan
Kisi-kisi
Bunga baling
Kala jengking
Swastika
Bunga kerak nasi
Kampung
Keluk pinggir awan persegi
Bunga buluh
Kupu-kupu
Pilin berganda ‘s’
Bunga cempaka
Unggas
Buntut siput
Bunga kerawang
Wai
Parang rosak
Bunga mawar
Wayang kulit

Bunga mangga
Awan

Bunga raya
Mega mendong

Bunga teratai
Bertampalan

Daun pala


Daun berjalar


Daun keladi


Daun pudding


Daun sirih emas


Daun Siti Fatimah


Jerampang


Kiambang


Lonang atau Rohani


Pohon ara


Pucuk rebung


Tampuk manggis


Telepuk


Alatan & Bahan Yang Digunakan Dalam Membatik
1) kayu pemidang
2) kain //////////////
3) alat canting dari pelbagai saiz
4) lilin yang dicampur damar
5) straw (untuk memindahkan warna pada bekas bancuhan bersesuaian)
6) media (pensil, warna dan berus)
7) soda ash
8) sodium silikat (pemati)
9) berus lebar / skuji
10) seterika
Proses Menghasilkan Karya
1) menyediakan pemidang
· katu digergaji mengikut sukatan
· tanggam dibuat untuk menyambung kayu
· kayu dipaku pada tanggam
· kayu penyilang dipaku untuk memperkukuhkan pemidang
2) menyediakan kain
· kain hendaklah dibasuh terlebih dahulu untuk membuang kanji yang mungkin menjejaskan kesan lunturan warna batik
· kain dijemur
· kain diregangkan pada kayu pemidang
3) melakar dengan pensil pada pemidang
· lakaran rekabentuk dilukis dengan pensil pada kain pemidang
4) menyediakan lilin
· campuran lilin dan damar dipanaskan
5) mencanting
· alat canting hendaklah diperiksa agar tidak tersumbat
· ianya perlu direndam dalam campuran lilin dan dammar
· proses mencanting dilakukan
6) menyediakan warna batik
· warna yang telah siap dicampur, mestilah disediakandalam bekas / berus yang berasingan
· straw digunakan untuk memindahkan warna pada bekas bancuhan yang bersesuaian
7) aplikasi warna batik
· peringkat awal, bahagian latar belakang reka bentuk diwarnakan
· seterusnya, keseluruhan reka bentuk diwarnakan secara berperingkat-peringkat
8) aplikasi pemati warna
· sebelum kerja aplikasi sapuan “pemati” warna dilakukan, bahagian bawah pemidang dialas dengan surat khabar
· pemati (sodium silikat) diaplikasikan pada permukaan reka bentuk dan berus lebar / skuji
9) membilas kain untuk membuang pemati
· selepas “pemati” telah kering sepenuhnya, kain pemidang ditanggalkan daripada pemidang
· takungan air perlulah disediakan untuk tujuan merendam
· kain yang telah dikeluarkan direndam dan dibilas dengan air untuk mengeluarkan lebihan warna dan “pemati”
· kain dibilas dengan laluan air (air tidak dibiarkan bertakung) sehingga bersih
10) merebus kain untuk membuang lilin
· air direbus terlebih dahulu di dalm periuk
· “soda-ash” dimasukkan ke dalam air yang mendidih dan diakacau
· kain yang telah dibilas direbus di dalam campuran air dan “soda-ash”
· tujuannya adalah untuk mengeluarkan / menanggalkan lilin yang tedapat pada reka bentuk
· kain direbus sehingga lapisan lilin terapung pada permukaan air
11) membilas dan membersih kain
· kain yang telah direbus, diangkat
· dimasukkan ke dalam takungan air bersih
· kain dibilas untuk mengeluarkan kesan lilin yang masih terdapat pada kain
· kain dibilas dan dibasuh dengan laluan air sehingga kesan lilin hilang
· kemudian kain dijemur
12) menjahit dan membuat skrol
· bahagian reka bentuk dipotong
· kain diukur mengikut spesifikasi yang ditetapkan ( 100cm x 60cm)
· mengukur untuk dijadikan skrol
· bahagian tepi kain yang telah dipotong, dijahit untuk kelihatan kemas.
Proses Membatik (melalui gamba rajah)
· lukis reka bentuk yang dikehendaki di atas kain yang telah dipaku pada pemidang
· proses mencanting dimulakan mengikut reka bentuk dengan menggunakan alat canting.

· reka bentuk diwarnakan
· tunggu sehingga warna kering
· “pemati” (sodium silikat) diaplikasikan pada permukaan reka bentuk
· biarkan pemati tersebut kering sehingga 8 jam

· selepas dibilas, kain direbus dalam air yang mendidih.
· Air mendidih mestilah dicampurkan dengan soda ash.
· Kain direbus sehingga memperlihatkan lapisan lilin terapung pada permukaan air
· Kain yang telah dijemur, diseterika
· Kemudian dijahit.
Tokoh Batik

Haji Che Su bin Ishak tokoh Batik dari Negeri Kelantan. Beliau dilahirkan dalam tahun 1817. Beliau membuka perusahaan bati pada tahun 1911 di Kampung Lorong Gajah Mati Kota Bahru Kelantan. Beliau adalah pengasas batik dan bermula dengan batik pelangi dan batik blok yang menggunakan blok umbut pisang dan blok kayu .

· Haji Ali bin Ismail tokoh Batik di Negeri Terengganu. Beliau telah belajar cara membatik dengan orang Jawa di Singapura pad tahun 1932. Beliau mula menggunakan batik blok kayu dan blok tembaga yang dipengaruhi dari Batik Jawa. Hingga lah perusahaannya menjadi terkenal dan terbesar terletak di kampung Hiliran, Kuala Terengganu. Pada tahun 1950 pekerjanya seramai 200 orang.
Cabaran dalam industri
Perkembangan batik bergantung kepada beberapa faktor dari reka bentuk, bahan, artisan hinggalah kepada trend citarasa semasa. Ledakan 90an telah surut mendadak akibat lebihan bekalan dan ketiadaan kawalan mutu. Peniru melambak di pasaran. Pergantungan industri kepada tekstil dan pewarna yang diimpot juga menjadikan industri ini kurang daya tahannya. Tanpa perlindungan kerajaan, kos bahan mentah yang tinggi, saingan yang melampau dan perubahan citarasa kepada tekstil impot menjuruskan industri ini ke senja.
Masa depan batik

1 comment: