LAMAN SENI

My photo
PENSYARAH UNIT SENI VISUAL, IPG KAMPUS IPOH,PERAK. yatie2838_my@yahoo.com
Showing posts with label kreativiti. Show all posts
Showing posts with label kreativiti. Show all posts

Sunday, August 16, 2009

KREATIVITI

Apakah yang dimaksudkan dengan kreativiti? Dapatkah orang mengembangkan kreativiti? Banyak kajian telah dilakukan mengenai konsep ini dan banyak juga jawapan yang diperolehi, bergantung kepada latar belakang profesonal penelitinya. Setiap jawapan yang diberi berbeza berdasar aspek-aspek tertentu.

Norwegia Gunvor Rand merangkumkan konsep kreativiti iti sebagai;

”Kreativiti adalah proses di mana seorang individu, sebagai hasil dari kemampuan dan kesempatan peribadinya serta dalam interaksinya dengan lingkungannya akan mencari produk baru atau original yang memadai untuk situasi yang bersangkutan....Produk ini dapat bersifat konkrit ataupun abstrak(Rand 1981:6)

Penting untuk disedari bahawa kreativiti adalah sebuah proses. Ada dua jenis utama kreativiti iaitu kreativiti intuitif dan kreativiti analitik. Kreativiti intuitif adalah jenis kreativiti yang terjadi secara spontan melalui penambahbaikan. Kreativiti analitik pula adalah apa yang kita gunakan, yang apabila kita merancang untuk tujuan yang telah ditetapkan. Proses kreatif biasanya akan menggabungkan kreativiti intuitif dan analitik.

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu ”creare” yang membawa maksud ”membuat”, manakala daripada perkataan Greek pula ”creare” bermaksud ”memenuhi”. Kamus Dewan(2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan atau kebolehan mencipta daya kreatif dan kekreatifan.

Kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Kesimpulannya kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Terdapat juga yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tiada sebelumnya.

Ellis Paul Torrance atau lebih dikenali sebagai Paul Torrance merupakan penyelidik dan ahli akademik yang tersohor dalam bidang kreativiti. Karya-karya penyelidikannya dalam mendalami bdang ini telah berjaya mengembangkan bidang kreativiti dan beliau telah diiktiraf dengan gelaran Bapa Kreativiti.

Terdapat beberapa pendapat daripada tokoh Seni Visual tentang kreativiti. Antaranya adalah;

a) Lowenfeld(1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semulajadi kanak-kanak yang gemar meneroka dan penuh dengan perasaan ingin tahu.

b) June King McFee pula mentakrifkan kreativiti sebagai keupayaan seseorang mencipta sesuatu yang baru dan pada masa yang sama mampu mengolah idea.

c) Carl Rogers pula menggariskan 5 faktor di mana ianya mendorong kepada pembetulan kreativiti sama ada dalam bidang seni atau sains.

i) keterbukaan dan fleksibel kepada pengalaman

ii) menikmati kehidupan yang dialami

iii) menghargai diri sendiri

iv) mengamalkan kebebasan

v) menjadi individu yang peka dan sensitif dengan persekitaran

CIRI-CIRI KREATIVITI

a) Bersifat fleksibel – seseorang yang kreatif berupaya untuk menyesuaikan dirinya dalam pelbagai keadaan dan situasi selain mempunyai keyakinan optimis.

b) Sensitif dan peka – individu yang mempunyai daya sensitiviti yang tinggi terhadap keadaan sekeliling termasuk gaya hidup, keperluan, perselkitaran dan turut sensitif menggunakan deria.

c) Idea yanga sli dan tulin – seseorang yang kreatif sering mengemukakan idea yang asli dan bukan diambil daripada lain-lain sumber. Idea mereka unik dan menarik tanpa unsur ciplak. Hasil kerja mereka berdasar cetusan rasa dan sering berbeza daripada biasa.

d) Bersifat terbuka – mempunyai sifat keterbukaan di dalam menertima pandangan dan pendapat orang lain mengenai hasil kerja mereka malahan bersifat bebas dan demokratik.

e) Logik – peka dan sering berfikir secara logik dan rasional dan tahu membezakan baik atau buruk sesuatu perkara itu bahkan sangat menghargai dan menghormati masa.

f) Berfikiran bebas – golongan kreatif ini mempunyai daya pemikiran yang tidak terkongkong pada satu perkara sahaja sebaliknya bijak merancang projek agar berjalan lancar. Orang kreatif lazimnya sangat berhati-hati dan bijak membuat keputusan.

TAHAP PERKEMBANGAN KREATIVITI

a) Perkembangan Kreativiti Fisher

i) Peringkat Rangsangan – merangsang minda pelajar dengan pelbagai soalan kritikal seperti apa, mengapa, siapa, bagaimana dan lain-lain.

ii) Peringkat Penerokaan – peringkat rangsangan telah berjaya merangsang pelajar untuk berusaha menjawab persoalan yang dikemukakan oleh guru berdasar permasalahan yang timbul.

iii) Peringkat Perancangan – menggalakkan pemikiran kreatif untuk merancang dan memetakan semua aktiviti dan merekodkan segala kemungkinan. Aktiviti pada peringkat ini akan dilakukan melalui 3 cara iaitu;

· perancangan secara verbal melalui perbincangan, pemerhatian, interaksi dan sebagai.

· Perancangan secara visual melalui visual, graf, imej lukisan dan sebagai.

iv) Peringkat Aktiviti – bermula dengan set idea. Untuk melahirkan pemikiran kreatif perlu merancang segala aktiviti. Pada peringkat ini segala perancangan dibantu melalui persoalan-persoalan seperti ,”bagaimana harus kita mengambil tindakan ke atas cadangan tersebut?”.

v) Kajian semula – peringkat ini menilai keberkesanan tindakan yang telah diambil bagi proses penambahbaikan selain melihat pencapaian objektif kerja. Pelajar digesa memberikan pendapat dan komen terhadap apa yang telah dilalui sebagai satu bentuk refleksi diri.

b) Laura H.Chapman meletakkan 3 kaedah iaitu;

i) Kaedah penjanaan idea(inception of idea) – dalam penjanaan sesuatu idea, pengkarya perlu menetapkan objektif, haluan dan tujuan penghasilan karya.

ii) Pengolahan dan pemurnian(elaboration and refinement) – proses pengolahan dan pemurnian idea dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan tersusun. Proses ini untuk memastikan imej atau visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan objektif penghasilan.

iii) Kemahiran menggunakan bahan (execution in a medium) – bimbingan penggunaan bahan dan teknik penggunaan serta penghasilan diberikan melalui demonstrasi dan tunjukcara supaya pemilihan bahan mempunyai makna dan nilai tersendiri.

c) Calvin W.Taylor

i) Kreativiti bersifat ekspresif – berlaku secara rawak dan bebas. Keadaan ini boleh dilihat melalui lukisan kanak-kanak yang dihasilkan secara spontan dan bebas mengikut kemampuan sesuai dengan perkembangan fizikal yang belum stabil. Pada peringkat ini gambaran melalui garisan dan contengan mudah.

ii) Kreativiti melalui penghasilan – proses penambahbaikan kemahiran sedia ada kepada kaedah yang lebih sistematik dan tersusun rapi.

iii) Kreativiti bersifat inventif – merujuk kepada keupayaan mencipta benda atau objek melalui proses eksperimentasi. Pada peringkat ini motoivasi dan galakan diberi untuk mengelakkan rasa bosan dan putus asa.

iv) Kreativiti bersifat inovatif – melibatkan pengubahsuaian kepada konsep-konsep asas sedia ada kepada idea baru yang lebih bermakna.

v) Kreativiti bersifat emergen – bentuk kreativiti tertinggi di mana keseluruhan prinsip formal diterjemahkan dan muncul dalam bentuk abstrak dan mudah. Sebagai contoh, figura manusia yang digambarkan tanpa menitikberatkan bentuk formal dan asalnya.

TEORI PERKEMBANGAN KREATIVITI PAUL TORRANCE

Merupakan proses memupuk dan mengembangkan kreativiti para pelajar melalui:

a) Penyoalan – rangsangan melalui proses penyoalan melalui sesi kritikan seni.

b) Penemuan – penemuan baru melalui penyelidikan dan kajian.

c) Pemerhatian – tidak hanya tertumpu kepada deria pengamatan semata-mata sebaliknya turut melibatkan deria sentuhan dan sebagai.

d) Percubaan – usaha berterusan bagi mendapatkan hasil terbaik. Individu kreatif akan terus bereksperimentasi bagi mendaptkan kesan dan hasil yang diinginkan.

e) Penerokaan – penerokaan dan eksplorasi merujuk kepada galakan untuk memanipulasi pelbagai barangan dan alat yang terdapat di sekeliling.

f) Memanipulasi – menggunakan objek dan bahan yang terdapat di sekeliling untuk dijadikan hasilan seni.

g) Aktiviti/bermain – kreativiti dapat dirangsang melalui aktiviti bermain melalui permainan yang berbentuk akademik.

Thursday, July 23, 2009

BAHAN BERKAITAN KREATIVITI.

1. Pengenalan:

Topik ini lebih tertumpu kepada perbincangan penggunaan teknologi baru dalam penghasilan karya-karya seni visual. Teknologi dalam penghasilan karya seni visual lebih tertumpu pada penggunaan bahan elektronik dan perkomputeran. Tumpuan pembentang ini adalah berkisar kepada pengkaryaan yang menggunakan teknologi yang bukan konvensional sifatnya, seperti lazim digunakan dalam karya catan, cetakan dan kraf. Perbincangan ini adalah sekadar pendedahan untuk melihat bahawa dunia kini tidak terlepas dengan perubahan demi perubahan yang mencetuskan idea baru dalam perkembangan seni visual. Sejak mulanya revolusi perusahaan sekitar tahun 1830an lagi maka tercetusnya revolusi baru dalam seni visual dengan pengenalan kamera atau rakaman gambar. Cetusan ini telah membuahkan satu paradigma baru dalam seni visual sama ada dari segi penggunaan bahan tersebut dan idea melalui teknologi.

2. Era Globalisasi
Seperti diungkapkan di atas, era globalisasi merupakan era baru dalam dunia hari ini. Istilah “globalisasi” atau dunia tanpa sempadan telah dicetuskan melalui era dunia teknologi maklumat dan kamunikasi. Istilah ini adalah dari cetusan dunia barat dan merupakan satu ‘projek’ negara-negara barat terhadap spekulasi ekonomi dan politik (2001). Namun begitu era ini terpaksa kita telan bersama dengan membawa pandangan mesej yang tersirat untuk menemukan suatu idea dan pemikiran yang baru. Karya seni tidak terlepas dari pelukan era globalisasi ini. Lantaran itu para pengkarya dan seniman tempat juga mengikut arus ini untuk membentuk imeSejak mulanya revolusi perusahaan sekitar tahun 1830an lagi maka tercetusnya revolusi baru dalam seni visual dengan pengenalan kamera atau rakaman gambar. Cetusan ini telah membuahkan satu paradigma baru dalam seni visual sama ada dari segi penggunaan bahan tersebut dan idea melalui teknologi.

Namun begitu era ini terpaksa kita telan bersama dengan membawa pandangan mesej yang tersirat untuk menemukan suatu idea dan pemikiran yang baru. Karya seni tidak terlepas dari pelukan era globalisasi ini. Lantaran itu para pengkarya dan seniman tempat juga mengikut arus ini untuk membentuk imejan yangbercirikan teknologi baru dalam penghasilan karya. Kalau diterjemahkan kata-kata Deepak Nayyar dalam bukunya bertajuk Globalisation, The Past in our Present (1997) yang menyanggah dasar sistem dalam WTO (World Trade Organization) yang asemetri:
“ Dapat dilihat bahawa rangka kerja institusi globalisasi amat bercirikan asimetri yang ketara. Dari satu segi globalisasi menganggap sempadan negara tidak perlu diambil kira untuk membenarkan aliran dagangan dan aliran modal. Akan tetapi untuk aliran teknologi dan aliran buruh ia perlu pula dibatasi. Ini bermakna negara-negara membangun perlu membuka pintu pasaran untuk modal dan dagangan dari Utara berjalan secara bebas tetapi negara maju pula tidak perlu memberi ekses teknologi kepada negara membangun. Begitu juga negara-negara membangun perlu menerima pergerakan modal tetapi negara maju tidak pula perlu membuka pintu mereka kepada aliran buruh. Asimetri ini, terutamanya di antara modal yang bebas masuk dan buruh yang tidak bebas menyeberangi sempadan negara, perlu saya tekankan, merupakan inti ketidakadilan di dalam peraturan permainan globalisasi pada abad ke 20 “.
Kenyataan ini sengaja saya masukkan dalam esei ini agar kita yang terlibat dalam aliran kesenian dan kreativiti akan melihat bahawa era ini ada agenda politiknya dari kuasa barat. Maka dalam mencetuskan idea dalam karya yang melihat kepada era globalisasi kita juga akan merasai sensitivitinya. Idea bahawa kuasa dan pengaruh ekonomi, mulai dari sekarang, akan bergantung pada teknologi serta komitmen-komitmen ‘high-tech’, bermakna bahawa negara-negara yang dapat menyesuaikan diri secara realistik dengan tuntutan-tuntutan teknologi jugalah yang akan dapat memainkan peranan dalam menentukan konteks budaya global yang baru (2000)
Sesungguhnya dalam era ini cabaran para pengkarya dalam mempersembahkan bentuk dan makna dalam karya adalah sungguh mencabar. Dilihat beberapa karya dalam teknologi baru, cetusan ini bermula apabila Nam June Paik seorang pemuzik, sainstis, jurutera dan pelukis menghasilkan sebuah karya yang dianggap pengasas kepada teknologi baru. Karya awalnya bertajuk ‘Global Groove’ (1960). Memperlihatkan suatu teknik yang menarik dengan menggunakan persembahan seni melalui video yang ditayangkan melalui layar televisyen. Kemudian dalam tahun 1982 beliau meneruskan penerokaan yang lebih menarik dengan karya instalasi melalui teknik media baru iaitu bertajuk TV Buddha. Karya ini menggambarkan sebuah arca buddha berhadapan dengan tv dan kamera. Dalam karya ini June telah menggunakan kesan cahaya, bunyi (muzik) dan ruang. Para pengkritik seni sependapat bahawa karya beliau talah meneroka satu dimensi baru dalam dunia seni visual. Sekitar awal 1990 komputer menjadi alat yang sungguh berguna kepada manusia. Sistem komputer telah direka kepada penggunaan cip yang kecil dengan kuasa yang besar telah menyemarakkan lagi penggunaan komputer dalam karya seni. Pada tahun1973 Ed Emshwiller merupa pengasas kepada seni menggunakan komputer video. Karya beliau pertama bertajuk SCAPE-MATE telah menunjukkan suatu penggerakan imej dengan lenggok tarian dengan skema warna kehijauan. Pergerakan yang memakan masa 30 minit memberi kesan dramatik dalam karyanya.